suria

Shahrol Shiro tegur Harith Iskander jangan merintih di media sosial tuduh ATM tak bantu mangsa banjir

Shahrol tersinggung dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Harith Iskander.

TINDAKAN selebriti Harith Iskander mempersoalkan peranan pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam usaha membantu mangsa banjir mengundang rasa kurang senang ramai termasuk pelakon dan juga pelawak, Shahrol Shiro.

Ujar Shahrol atau nama sebenar Shahrol Azizie Azmi, 37, bukan masanya untuk menuding jari atau menyalahkan mana-mana pihak ketika misi bantuan sedang giat dijalankan di kawasan terjejas.

ARTIKEL BERKAITAN: Shahrol Shiro balas teguran Hans Isaac, harap tak ‘koyak’ isu Kabinet ‘recycle’ - “Politik bukan untuk mereka berjiwa nipis”

ARTIKEL BERKAITAN:Shahrol Shiro rayu pelawak sebenar mengaku, kecewa netizen asyik ‘petik’ nama - “Tak adil, kawan-kawan pula yang kena!”

dfvgfhgj

Shiro membalas kenyataan Harith menerusi Instagram miliknya.

"Malas juga nak ambil port sebenarnya.Tetapi apabila dia sentuh tentang ATM, saya sebagai anak kepada seorang bekas tentera terasa la kerana ini bukan masanya untuk mencari kesalahan badan kerajaan.

"Sekarang ini kita semua berada dalam keadaan tertekan dengan musibah yang melanda. Siapa yang datang dulu, hulurkanlah bantuan... tak semestinya daripada tentera atau bomba.

"Kalau semua jabatan kerajaan tak hadir ke lokasi, awak nak cari salah yang lain ke? Bagi saya itu tidak adil, sebab kita kena tengok kekuatan anggota juga kerana mereka pasti ada strategi masing-masing untuk bertindak dan berkhidmat di kawasan yang lebih memerlukan bantuan,"katanya kepada mStar.

Terdahulu, Harith membuat kenyataan di Twitter mendakwa dia tidak melihat anggota ATM bertugas di kawasan terjejas banjir di sekitar Shah Alam, Banting dan Hulu Langat.

Sekarang ini saya dalam perjalanan ke Sri Aman, kami bawa foodtruck untuk masak makanan dan edarkan terus kepada mangsa banjir.

SHAHROL SHIRO

PELAWAK

Dalam pada itu, Shahrol berpendapat bahawa Hartih sepatutnya menggunakan saluran yang betul untuk menyuarakan kemusykilannya itu berbanding di media sosial.

"Pada saya, dia dah turun membantu itu Alhamdulillah... terima kasih. Tetapi dalam masa membantu tu janganlah pula mencari salah, yang penting adalah niat kita sendiri.

"Harith juga seorang selebriti, pasti dia tahu untuk menggunakan saluran yang betul. Kalau rasa macam tiada pasukan penyelamat yang hadir di kawasan tersebut, dia boleh approach mereka direct dan bukannya merintih di media sosial," katanya.

Sementara itu Shahrol bersama dua NGO iaitu Bantu Malaysia dan 700 ahli Southern Volunteers turut menghulurkan bantuan kepada mangsa banjir di sekitar kawasan yang terjejas.

269723861_4606467779435885_4751114917859734867_n

Shahrol turut terlibat dalam misi bantuan banjir di beberapa kawasan yang terjejas.

Menurut ahli kumpulan Shiro itu, mereka membawa sumbangan seperti tilam, selimut dan keperluan asas yang lain bagi meringankan beban mangsa banjir.

"Setiap PBT di Johor dan Southern Volunteers semua sudah mula bergerak membawa kelengkapan untuk membersihkan rumah bagi membantu mangsa banjir.

"Sekarang ini saya dalam perjalanan ke Kampung Seri Aman di Puchong, kami bawa foodtruck untuk masak makanan dan edarkan terus kepada mangsa banjir. Kami juga ada membeli tilam, selimut dan keperluan asas untuk mereka," ujarnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO MUZIK APA APA ROJER!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain