suria

Bapa komposer terkenal bukan jalan mudah jadi penyanyi, usaha Arena Wan akhirnya terbayar... ‘In My Head’ dipilih jadi lagu tema drama

Arena berusaha gigih untuk bergelar penyanyi.

HASRAT pelakon Arena Wan untuk bergelar seorang penyanyi akhirnya terlaksana apabila melancarkan single pertamanya berjudul In My Head yang juga dijadikan runut bunyi drama bersiri lakonannya iaitu Journal Sarahaeyo.

Bagaimanapun kata Arena atau Arena Wan Mun-Yi Iman Wan, 24, penglibatannya sebagai seorang penyanyi tiada jalan pintas meskipun bapanya seorang komposer dan penerbit terkenal suatu ketika dahulu.

Menurut Arena, bapanya iaitu Iman Wan Tuck Meng pada awalnya tidak bersetuju dia menjadi penyanyi sehingga mereka sering bertelagah dan memilih berusaha sendiri tanpa bantuan sesiapa.

"Untuk alasan tertentu, ayah saya yang tidak mahu membantu mungkin kerana dia rasa saya ini anaknya dan bukan penyanyi atau seorang selebriti.

arenaa1 - 1

Arena tidak mengambil kesempatan ke atas nama bapanya.

"Mungkin juga dia rasa saya belum bersedia dan saya tak menafikan banyak kali kami berbalah mengenai perkara ini.

"Tetapi saya buktikan yang saya serius mahu menjadi penyanyi dan Alhamdulillah akhirnya saya buktikan diri dengan lagu In My Head," katanya kepada mStar.

Arena memberitahu lagu berkenaan adalah ciptaan sepenuhnya MFMF dan menganggap peluang bekerjasama dengan komposer itu sebagai hadiah atas usaha dan tidak putus asa mahu bergelar seorang penyanyi.

ARTIKEL BERKAITAN: Adam's Family akur kontrak rumah sewa tak diperbaharui, percaya ada yang tak senang dengan anak autisme - "Dia takkan ganggu kamu lagi"

ARTIKEL BERKAITAN: Drama adaptasi ‘W: Two Worlds’ antara 5 siri menarik Viu Original 2023

Kata Arena, dia juga gembira apabila bapanya juga terkejut mendengar kualiti lagu berkenaan malah gembira dengan pencapaiannya sebagai seorang penyanyi dan paling penting dia berusaha sendiri tanpa mengharapkan orang lain.

"Saya pun tidak berharap lagi dan apabila mendapat peluang daripada MFMF, saya rasa ini adalah masanya.

"Sejujurnya masa saya nak merakamkan lagu ini, ayah kurang bersetuju sehinggalah dia dengar sendiri hasilnya.

Mungkin juga dia rasa saya belum bersedia dan saya tak menafikan banyak kali kami berbalah mengenai perkara ini.

ARENA IMAN

PELAKON

"Lepas dia dengar lagu tu, dia terkejut kerana dia tidak menyangka saya boleh menyanyi dengan baik selain lagu gubahan MFMF berkualiti," ujarnya.

Dalam pada itu, Arena berkata, dia tidak berkecil hati dengan bapanya kerana Iman memang seorang yang tegas apatah lagi dia mempunyai pengalaman luas dalam bidang gubahan lagu.

Kata Arena, bapanya mempunyai cara tersendiri dalam melakukan kerjanya malah dia bersyukur ketegasan Iman telah membawanya ke tahap sekarang.

arenaa3 - 1

Minat menyanyi Arena pada mulanya tidak direstui bapa. Foto SHAARI CHE MAT

"Ramai yang tahu ayah saya seorang komposer yang sangat tegas. Lagu-lagu yang dia hasilkan sangat teliti kerana dia ada cara tersendiri.

"Malah dulu ramai orang tak suka kepadanya sebab sikapnya yang suka berterus terang. Kalau dia rasa orang itu tidak boleh menyanyi, dia akan cakap terus.

"Sebelum ini pun ada saja label besar yang mendekati mahu saya menjadi artis rakaman tapi ayah tidak bersetuju kerana dia lebih mengenali anaknya," ujarnya.

Bagaimanapun kata Arena, kini bapanya itu yang banyak membantunya mempromosikan lagu In My Head kerana percaya ia mempunyai potensi untuk diketengahkan.

arena1 - 1

Arena serius bergelar pelakon dan penyanyi.

"Alhamdulillah selepas mendengar lagu saya, sekarang ayah pula yang teruja sampai dia banyak bantu promosi lagu saya termasuk kepada kenalannya dalam industri," ujarnya.

Untuk rekod, Iman pernah menghasilkan lagu untuk artis-artis ternama Malaysia seperti Datuk Seri Siti Nurhaliza, Amy Mastura, Dayang Nurfaizah, Elyana dan ramai lagi.

Dalam perkembangan lain, Arena berkata, menerusi drama Journal Sarahaeyo yang disiarkan menerusi platform penstriman Viu, dia diberi kepercayaan memegang watak utama.

Kata Arena, sebelum ini dia pernah ditawarkan untuk menjadi watak utama namun belum bersedia menggalas tanggungjawab tersebut.

arenaa2 - 1

Arena bersama pelakon drama Journal Sarahaeyo.

"Alhamdulillah, saya tampil sebagai watak utama dalam Journal Sarahaeyo. Sebelum ini ada saja tawaran yang diberi untuk menjadi main cast tetapi saya belum yakin.

"Bila saya dapat tawaran Journal Sarahaeyo ini, saya rasa watak dalam drama tersebut sama seperti karakter saya.

"Lagi pun, selaku peminat k-pop saya rasa ini adalah peluang terbaik untuk saya cuba, tambahan pula dapat menjalani penggambaran ke Korea," ujarnya.

Selain Arena, Journal Sarahaeyo dibintangi pelakon popular termasuk Aniq Suhair, Alvin Chong, Adriana Adnan dan Andi Bernadee.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain