suria

Puteri Sarah ‘declare’ Syamsul jadi BFF, boleh harap tolong jaga anak-anak

Sarah berterima kasih dengan Syamsul kerana jaga anak-anak.

KEMELUT rumah tangga pelakon Puteri Sarah Liyana dan Syamsul Yusof mungkin masih belum bertemu titik noktah.

Namun perkongsian terbaharu pemilik nama sebenar Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 38, menarik perhatian pengikutnya apabila menyifatkan hubungannya dengan Syamsul kini tidak lebih daripada sebagai seorang kawan.

Apa menarik perhatian, Puteri Sarah turut berterima kasih kepada pengarah itu yang sudi meluangkan masa bersama anak-anak ketika dia berada di Jakarta, Indonesia baru-baru ini.

"Kita dah kawan baik kan Syamsul... Terima kasih luangkan masa dengan anak-anak masa saya dekat Jakarta," katanya.

348463541_258698440051854_7420716496126814641_n (1)

Sarah anggap Syamsul sebagai kawan baik.

Puteri Sarah berkongsi mengenai perkara itu menerusi Instastory miliknya pada petang Khamis.

Menerusi hantaran sama, pelakon itu turut memuat naik paparan skrin daripada sebuah portal yang menyiarkan artikel bertajuk "Nak berbaik demi anak-anak - Puteri Sarah".

ARTIKEL BERKAITAN: Sibuk kerja sekalipun Puteri Sarah tak lupa tanggungjawab terhadap anak... Seronok bawa watak penyondol

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Jika dua talak sudah dijatuhkan perceraian terkini Syamsul dan Puteri Sarah bertalak tiga

Untuk rekod, Syamsul dan Puteri Sarah melangsungkan perkahwinan pada 8 Mac 2014 dan mereka dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 6 dan Summayah, 5 tahun.

Kemelut rumah tangga mereka masih belum berkesudahan selepas Syamsul enggan melafazkan cerai terhadap isterinya itu pada 18 April lalu.

Pada 25 Mei lalu, mahkamah mendapati perkahwinan di antara mereka sudah tidak dapat diselamatkan selepas wujud shiqaq atau perbalahan berpanjangan dalam rumah tangga mereka.

Kes perceraian mereka akan disebut semula di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada 14 Jun ini.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain