suria

[V] Jika dua talak sudah dijatuhkan perceraian terkini Syamsul dan Puteri Sarah bertalak tiga

MAHKAMAH Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur mendapati perkahwinan di antara pengarah Syamsul Yusof dan isteri pertamanya iaitu Puteri Sarah Liyana tidak dapat untuk diselamatkan lagi.

Hakim Syarie, Akmaluddin Ilyas membuat kesimpulan tersebut selepas mendengar dapatan pegawai Jawatankuasa Pendamai (JKP) pasangan itu yang berlangsung sebelum ini.

Mahkamah turut memerintahkan kedua-dua belah pihak agar menyelesaikan isu lafaz talak sebanyak dua kali yang didakwa dilakukan Syamsul, 39, di luar mahkamah.

Peguam mewakili Puteri Sarah, 38, iaitu Datuk Akberdin Abdul Kader berkata, mahkamah turut memerintahkan pihak-pihak membuat keputusan untuk memfailkan pengesahan penceraian di luar mahkamah untuk dibicarakan.

sarah2 - 1

Syamsul enggan mengulas mengenai prosiding yang berlangsung.

"Mahkamah memaklumkan dapatan pegawai JKP wakil masing-masing, perkahwinan ini tidak boleh diselamatkan.

"Sebelum diteruskan dengan langkah seterusnya, ada satu lagi aduan tentang lafaz talak sebanyak dua kali yang dibuat sebelum ini.

"Menurut mahkamah ada dua talak dan satu taklik dan hakim memberi satu tarikh lain bagi membolehkan Puteri Sarah atau Syamsul memfailkan penceraian di luar mahkamah," katanya kepada pemberita.

ARTIKEL BERKAITAN: Halang Puteri Sarah keluar kenyataan di media sosial, mahkamah tolak lanjut injuksi Syamsul

ARTIKEL BERKAITAN: Banyak buang masa cakap fasal Syamsul, Puteri Sarah serah pada mahkamah isu rumah tangga

Akberdin mengulas mengenai prosiding penceraian pasangan itu yang berlangsung pada petang Khamis.

Puteri Sarah dan Syamsul turut hadir pada prosiding itu namun enggan mengulas mengenainya sejurus kes selesai.

Dalam pada itu, Akberdin berkata, dia mencadangkan agar Syamsul memfailkan pengesahan lafaz cerai di luar mahkamah itu disebabkan hak talak berada pada tangan seorang suami.

Bagaimanapun kata Akberdin, pihak-pihak akan berbincang tentang perkara itu memandangkan hakim menyerahkan keputusan itu kepada pasangan berkenaan.

sarah3 - 1

Puteri Sarah menyerahkan kepada mahkamah menentukan nasib perkahwinannya.

"Jika benar dua talak sudah dijatuhkan sebelum ini, perceraian kali ini adalah kali yang ketiga.

"Apa-apa pun mahkamah akan menentukan dan pihak kami akan berbincang untuk proses permohonan pengesahan lafaz cerai berkenaan," jelasnya.

Sementara itu, peguam mewakili Syamsul iaitu Azmi Mohd Rais pula mendakwa anak guamnya langsung tidak mengetahui dakwaan lafaz talak berkenaan seperti dinyatakan dalam proses JKP.

Pun begitu kata Azmi, pihaknya memandang serius terhadap dakwaan itu dan meminta Puteri Sarah memfailkan permohonan berkenaan pengesahan kerana dakwaan itu dibuat pelakon tersebut.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain