suria

Ramai tonton content ‘bodoh’ Ariff Bahran, tak tergores hati dikecam simpan duit dalam peti sejuk - “Saya faham fungsi media sosial”

Ariff kecewa konten peribadi lebih meriah tontonan yang ramai.

PENYANYI Ariff Bahran tidak tergores hati dengan kecaman netizen gara-gara berkongsi video menyimpan sejumlah wang di dalam peti sejuk.

Ariff atau Muhammad Ariff Bahrain Ahmad Azhari, 25, berkata, sekiranya dia terasa hati dengan komen negatif ditinggalkan ia bererti dia tidak faham bagaimana fungsi media sosial.

Bagaimanapun jelas Ariff, video dikongsi di platform TikTok itu hanya sekadar konten malah sudah menjelaskan kepada pengikutnya tentang tujuan dan sumber wang yang disimpan dalam peti sejuk.

"Saya okay sahaja sebab kalau kita ambil pandangan netizen dan rasa down terhadap kecaman diberikan itu tandanya saya tak faham tentang bagaimana media sosial itu berfungsi.

unnamed (1)

Ariff tayang duit pada netizen.

"Apa saya buat ini sekadar suka-suka sahaja malah sudah menjelaskan kepada pengikut, saya simpan duit dalam akaun saya di bank tetapi ada komitmen yang saya perlu bayar secara tunai," katanya kepada mStar.

Lama menyepi dari industri seni, Ariff juga tidak menyangka video peribadinya itu meraih jumlah tontonan luar biasa memandangkan hantaran berkenaan kariernya dipandang sepi.

ARTIKEL BERKAITAN: Ariff Bahran kini bergelar bapa, ucapan ‘sweet’ buat isteri tarik perhatian

ARTIKEL BERKAITAN: Bakal timang anak lelaki, Ariff Bahran berdebar nak teman isteri masuk bilik bersalin... Mahu tengok sendiri proses kelahiran

"Saya tak sangka video itu menjadi viral. Saya kongsi mengenai lagu-lagu saya kurang dapat perhatian tapi bila kongsi mengenai hal peribadi saya ramai pula yang ingin ambil tahu.

"Untuk konten yang bodoh ramai pula yang beri saya tontonan," ujarnya.

Dalam pada itu, Ariff berkata, sedikit kesenangan yang diperolehnya tidak pernah membuatkan dia lupa diri sebaliknya banyak membantu netizen yang meminta bantuannya di media sosial.

316596616_519679523409944_7574964036786067734_n

Ariff tak lokek bantu mereka memerlukan.

Kata Ariff, dia faham situasi dilalui golongan yang memerlukan membuatkan dia tidak teragak-agak membantu meringankan beban mereka.

"Saya pun pernah berada ditempat mereka sebelum bergelar penyanyi. Mana yang mampu tolong saya tolong. Berapa ramai itu saya tak mahu sebut.

"Saya tahu bagaimana rasanya nak mulakan kehidupan pada usia 18 atau 19 tahun terutamanya bagi mereka yang baru nak cari kerja, saya faham rasanya," katanya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain