suria

Ariff Bahran kini bergelar bapa, ucapan ‘sweet’ buat isteri tarik perhatian

Ariff bersama bayi lelaki yang selamat di lahirkan pada pagi Isnin.

SELELAS 10 bulan mendirikan rumah tangga, penyanyi Ariff Bahran kini bergelar seorang bapa selepas isteri, Amirah Syzwani Ridzuan selamat melahirkan cahaya mata lelaki pada pagi Ahad.

Ariff atau Muhammad Ariff Bahran Ahmad Azhari berkongsi berita gembira tersebut di Instagram miliknya.

"Alhamdulillah, kami sudah berasa bangga dengan kamu anakku," tulisnya.

Untitled design (16)

Ariff kongsikan ucapan terima kasih kepada isterinya, Amirah Syzwani.

Amirah, 28, selamat melahirkan bayinya secara normal pada pukul 3.32 pagi di sebuah pusat perubatan di Shah Alam, Selangor.

Ariff turut mengucapkan terima kasih kepada peminat yang mendoakan dirinya sekeluarga.

ARTIKEL BERKAITAN: Ariff Bahran kenal isteri ketika terlibat program masakan, ada sebab rahsiakan perkahwinan

Malah penyanyi itu turut berkongsi video memperlihatkan detik kelahiran bayinya selain gambar dirinya sedang mendukung anaknya di atas sebuah kerusi.

Untitled design (17)

Ariff bersama isterinya, Amirah Syzwani dah dinikahi pada 3 September tahun lalu.

Tidak ketinggalan, Ariff turut mengucapkan penghargaan buat isterinya yang telah bersusah payah bertarung nyawa melahirkan anak mereka.

"Awak sudah buat yang terbaik sayang, saya bangga dengan awak. Saya sangat mencintai awak," katanya.

Ariff turut memberitahu isterinya mula dimasukkan ke dewan bersalin sekitar pukul 2.30 pagi.

"Isteri saya mula berasa sakit-sakit sejak malam Sabtu dan sebab itu saya pilih untuk dimasukan ke hospital lebih awal.

"Alhamdulillah, isteri dan anak saya berada keadaan baik. Isteri saya juga sudah boleh berjalan.

"Saya sangat bersyukur proses isteri bersalin dipermudah. Sebaik sahaja anak dilahirkan, saya menangis gembira dan bersyukur," terangnya.

Ariff dan Amira mendirikan rumah tangga pada 3 September tahun lalu di Jabaran Agama Islam Selangor (Jais), Shah Alam dalam suasana sederhana.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain