suria

Rujukan pakar perlu jadi budaya, Ridhuan Tee nasihat jangan ambil kesempatan atas tiket ‘selebriti’

Ridhuan Tee Abdullah menasihatkan agar jangan terlalu mengejar keuntungan sehingga mengabaikan kejujuran dalam perniagaa.

GOLONGAN selebriti yang ingin memasarkan produk sebaik-baiknya perlu mendapatkan khidmat nasihat pakar berkaitan sebelum bersedia menjuanya kepada orang ramai bagi mengelakkan sebarang perkara berbangkit.

Pendakwah bebas, Profesor Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah berkata, perkara tersebut tidak sepatutnya dipandang ringan dan perlu dijadikan budaya agar sesuatu produk itu terjamin keselamatan dan kesuciannya.

"Orang berniaga dan ingin mengeluarkan sesuatu produk perlu ada ilmu. Jangan kerana atas nama 'selebriti' yang mempunyai ramai pengikut, kita gunakan kesempatan itu mengaut keuntungan.

"Itu penipuan namanya walaupun tidak melakukannya secara langsung," katanya.

Ridhuan minta rujukan pakar menjadi budaya sebelum mengeluarkan sesuatu produk.

Dalam pada itu, Ridhuan berkata, penjelasan daripada pakar tentang ketelusan sesuatu produk penting dengan memperincikan setiap aspek agar tiada pengguna berasa was-was.

Bagi pengguna pula, Ridhuan menjelaskan mereka juga perlu peka sebelum dengan memeriksa keselamatan dan kebersihan sesuatu produk dan bukannya membeli disebabkan ia dijual oleh selebriti terkenal.

ARTIKEL BERKAITAN: “Sudah... sudahlah, jumpa perempuan depan Kaabah tak semestinya jadi isteri!” - Ridhuan Tee tegur ustaz selebriti rosakkan imej Islam

ARTIKEL BERKAITAN: Syukur! Siti Nurhaliza lega berjaya buka sekolah di Gaza, persembahan amal November depan bantu isi dana teruskan projek amal

"Malangnya, orang kita, beli barang bukan tengok pun apa kandungannya, khasiat, halal ke tidak, bahaya atau bukan, tetapi membeli kerana dia sukakan seseorang selebriti itu.

Buatlah dengan jujur dan jangan melakukan sesuatu perkara kerana nama atau mahu cepat kaya.

PROF DR RIDHUAN TEE ABDULLAH

PENDAKWAH BEBAS

"Bagi peniaga pula jalan guna jalan mudah untuk cepat mendapat keuntungan. Dapatkan rujukan dan pandangan daripada golongan mahir agar perniagaan diuruskan berteraskan kejujuran," jelasnya.

Ridhuan turut menegaskan kejujuran dalam urusan perniagaan juga terkait dengan amalan yang akan dihitung di akhirat kelak.

"Apa yang kita buat termasuk perniagaan, semua itu ada perkiraan di akhirat, dosa dan pahala.

"Jadikan perniagaan itu sebagai satu jihad dan bukannya jahat. Buatlah dengan jujur dan jangan melakukan sesuatu perkara kerana nama atau mahu cepat kaya," jelasnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain