BEKAS suami pelakon dan model Zahnita Wilson memaklumkan dia berjaya mendapat hak penjagaan empat anak mereka selepas keputusan Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan memihak kepadanya pada April lalu.Menurut Abdul Zackery Ghouse Abdul Gafor, 48, keputusan itu dibuat selepas Zahnita secara rela hati menyerahkan hak penjagaan anak-anak kepada dirinya tanpa sebarang paksaan. Malah kata Zackery, bekas isterinya itu meninggalkan anak-anak kepadanya ketika sambutan Aidilfitri sebelum mengambil keputusan untuk menyerahkan hak penjagaan sepenuhnya.Kemelut rumah tangga Zahnita (kanan) dan Zackery sudah selesai.“Dia sendiri yang rela hati menyerahkan anak-anak kepada saya. Tiada paksaan daripada pihak saya pun. Sebenarnya dia bukan lepaskan hak penjagaan begitu sahaja tetapi dia tinggalkan anak-anak pada saya semasa Aidilfitri.“Dia cakap nak keluar beraya bersama keluarga. Selepas habis raya, dia tidak ambil balik anak-anak. Bila saya hubungi dia, dia kata perlukan masa untuk bekerja dan sebagainya."Kemudian dia pergi mahkamah dan minta serahkan semua hak penjagaan kepada saya,” katanya kepada mStar.ARTIKEL BERKAITAN:Lima bulan beroperasi, Zahnita Wilson akur terpaksa tutup kedai... Tanggung rugi kos perniagaan RM150,000ARTIKEL BERKAITAN:Zahnita tak pernah dipukul suami, bekas rakan kongsi dedah sikap sebenarnyaDalam pada itu, Zackery menafikan dakwaan keputusan Zahnita menyerahkan hak penjagaan anak-anak mempunyai kaitan dengan masalah kewangan.Katanya, Zahnita masih mempunyai keluarga dan kerjaya selain menerima sokongan daripada pelbagai pihak.“Kita boleh tengok dia dapat banyak sokongan daripada pelbagai pihak termasuk pereka fesyen dan sebagainya. Saya buat hantaran itu sebab nak jelaskan yang kami masing-masing sudah move on.ABDUL ZACKERY GHOUSEBEKAS SUAMI ZAHNITA“Kalau hak penjagaan jatuh kepada dia pun saya tetap kena bagi nafkah. Jadi ini bukan soal masalah duit atau apa-apa. Semuanya mahkamah syariah yang tentukan,” jelasnya.Sementara itu, Zackery mendakwa kira-kira dua bulan Zahnita tidak bertemu dengan anak-anak namun dia bersama empat cahaya matanya menjalani hidup bahagia.“Kalau sekarang ini sudah dua bulan dia tidak jumpa anak-anak. Mungkin ada dia hubungi melalui WhatsApp atau apa-apa tetapi untuk berjumpa memang tiada.Zackery bersama empat orang anaknya.“Tapi Alhamdulillah, anak-anak okay dengan saya di Kuantan. Mereka pun seronok tinggal bersama saya,” kongsinya.Dalam pada itu,Zackery menjelaskanperkongsian berkenaan bukan bertujuan mencari publisiti atau membuka aib mana-mana pihak, sebaliknya mahu menjelaskan keadaan sebenar supaya mereka dapat meneruskan kehidupan masing-masing.“Sebenarnya saya sudah dapat keputusan ini sejak April lagi. Memandangkan ramai yang asyik bertanya mengenai hubungan dan status, jadi saya buat hantaran itu untuk jelaskan kepada semua.Zackery sentiasa kongsi rutin harian bersama anak-anak.“Kami sudah bercerai sejak Ogos tahun lalu dan kes-kes lain semua dia sudah digugurkan. Saya buat hantaran itu sebab nak jelaskan yang kami masing-masing sudah move on,” ujarnya.Untuk rekod,Zackery dan Zahnita atau Zahnita Doroty Hussein Wilson, 41, mendirikan rumah tangga pada 2005 namun berpisah pada Ogos 2025.Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Zahrafeena, 19, Zasharayna Ghouse, 14, Zahlia Syawwal, 9 dan Abd Zayden Ghouse, 5 tahun.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!