suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

“Siapa Musang Berjanggut?“ Amira Othman, Fattah tidak tarik laporan... Mahu cari pemfitnah

Fattah dan Amira tegas dengan pendirian mereka mengambil tindakan undang-undang.

TEGAS dengan pendiriannya, penyanyi Amira Othman memberitahu dia dan suaminya, aktor Fattah Amin, tidak akan menarik laporan yang dibuat terhadap seorang pengguna media sosial yang didakwa bercakap buruk tentang mereka.

Amira atau Nadia Amira Othman, 33, juga memaklumkan mereka telah mendapat kerjasama daripada pihak berkuasa berhubung perkara tersebut selain berjumpa sendiri dengan Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil.

"Penuh mesej orang minta saya dan suami supaya jangan tarik laporan untuk mencari siapa Musang Berjanggut yang telah pun memfitnah kami macam-macam. Bercakap perkara tidak elok, saya baca pun seram. Tidak takut ke pada Allah?

Amira tidak akan berdiam  selepas mendakwa dirinya menjadi mangsa fitnah. 

"Untuk pengetahuan peminat, kami tidak pernah menarik laporan. Kami turun naik membuat laporan di Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan pernah berjumpa Datuk Fahmi untuk menangani isu ini.

Amira pada masa sama berpendapat isu seperti ini tidak akan selesai selagi tiada mekanisme terbaik yang diambil oleh pihak berkuasa terhadap mana-mana individu yang melakukan perbuatan tersebut.

Bahkan, katanya, tindakan buli siber boleh memberi kesan buruk termasuk menjejaskan kesihatan mental seseorang.

ARTIKEL BERKAITAN: Fattah Amin lapor ’Musang Berjanggut’ susulan dedah info sulitnya dan Fazura 

ARTIKEL BERKAITAN: Hentikan provokasi, Fazura mohon jangan campur tangan urusan besarkan anak bersama Fattah Amin

"Selagi tidak ada mekanisme yang dicipta untuk menyelesaikan semua ini, selagi itulah ia tidak akan selesai dan terus berleluasa kerana akaun palsu ini tidak takut memandangkan Malaysia tidak mempunyai tindakan yang tegas.

"Mereka cakap 'jangan baca', kalau tak baca dan tak respons pun rasanya ia semakin melampau. Takut-takut ia memudaratkan mental dan emosi sesiapa sahaja yang terkena," ujarnya.

Fattah turut meluahkan rasa kurang senang terhadap pemilik akaun Musang Berjanggut. 

Dalam hantaran sama, penyanyi ini secara sinis turut menyebut dia mahu mengetahui individu di sebalik pemilik akaun bernama Musang Berjanggut yang didakwa menyebarkan fitnah tentang dirinya.

"Kami tidak akan menarik laporan sebab kami pun nak tahu siapa Musang yang nampak seperti sangat berani di sebalik akaun palsu. Jadi mungkin dengan kuasa netizen dan kuasa tular, isu ini dapat diselesaikan," kongsinya.

Sebelum ini, Fattah juga mendedahkan dia sudah membuat laporan polis dan kepada pihak SKMM berhubung isu berkenaan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain