suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

“Cef itu bukan semudah ABC“ - Sheila Rusly segan dipanggil ‘Cef Selebriti‘, akui belum layak

Sheila tidak menggelarkan dirinya sebagai cef selebriti.

PELAKON dan penerbit Sheila Rusly mengakui berasa segan apabila ada yang menggelarkannya sebagai 'cef selebriti' kerana sering berkongsi pelbagai resipi dan kandungan masakan di media sosial.

Kata Sheila, 54, dia tidak pernah menganggap dirinya layak untuk menyandang gelaran tersebut kerana menghormati profesion cef yang memerlukan ilmu, kemahiran dan kelayakan khusus.

"Bila orang menggelarkan saya sebagai cef selebriti, sejujurnya saya rasa segan malu pun ada. 

Sheila segan digelar sebagai cef.

"Sebab rasanya tak layak, saya dengan pantas terus memberi respons 'maaf saya bukan cef'," katanya. 

Sheila berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Threads miliknya pada Selasa.

Dalam pada itu, Sheila menjelaskan gelaran cef bukan sesuatu yang mudah untuk diperoleh dan tidak wajar digunakan sewenang-wenangnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Berani ‘post’ foto Sheila Rusly sedang tidur, netizen terhibur tengok gelagat ibu mentua dan menantu

ARTIKEL BERKAITAN: Sheila Rusly turun rewang kenduri keluarga besan, netizen puji sikap rendah diri

"Saya bukan mengata sesiapa, cuma nak dapat gelaran cef itu bukan semudah ABC. 

"Siapa yang dapat gelaran cef sememangnya mereka hebat dan saya sangat hormat," ujarnya. 

Untuk info, Sheila kerap berkongsi resipi masakan harian dan menerbitkan video memasak yang mendapat sambutan ramai daripada pengikut di media sosial. 

Minat mendalam terhadap dunia kulinari menjadikan Sheila antara figura yang sinonim dengan resipi-resipi mudah dan masakan berkonsepkan hidangan keluarga.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain