PENYANYI Danial Chuer menafikan dakwaan dia merajuk dengan industri hiburan selepas dilihat kurang aktif membuat kemunculan di atas pentas sejak tamat pertandingan Big Stage 2022.Danial atau Danial Chuer Hamasiah @ Samsudin, 25, sebaliknya berkata dia sengaja memperlahankan langkah dalam dunia seni bagi memberi tumpuan kepada pengajian sebagai persediaan jangka panjang. Kata Danial, penyanyi Datuk Syafinaz Selamat menjadi inspirasi buatnya kerana berjaya membuktikan pendidikan mampu menjadikan seseorang terus relevan dalam industri hiburan."Kalau orang tanya saya, individu yang menjadi inspirasi buat saya adalah Datuk Syafinaz Selamat. Dia sangat disegani kerana mempunyai pendidikan, dia juga diperlukan dalam industri disebabkan ilmu pengetahuan yang ada.Dari kiri: Aisha, Danial, Erica Paujin dan Yazmin Aziz merupakan finalis Big Stage 2022."Merajuk itu tidak tetapi tahun ini baru saya ada peluang untuk memilih arah tuju dalam kerjaya nyanyian ini. "Tapi sebenarnya daripada habis Big Stage dulu sampailah sekarang saya masih lagi berkarya tetapi semuanya secara belakang tabir," katanya ketika dihubungi mStar. Dalam pada itu, Danial berkata keputusannya mengutamakan pelajaran bukan bermakna dia mengetepikan kerjaya seni, sebaliknya mahu memastikan dia mempunyai hala tuju sekiranya tidak lagi aktif sebagai penyanyi."Tiada istilah merajuk pun, cumanya saya pun baru habis belajar tahun lepas. Semua tahu saya memang memberikan keutamaan nombor satu pada pelajaran. ARTIKEL BERKAITAN: Persembahan lebih bertenaga daripada peserta, Daniel Chuer tiada niat ‘overshadow’ RanishaARTIKEL BERKAITAN: Danial Chuer akui terganggu digelar ‘Bella Hadid‘, buktikan mampu jadi diri sendiri"Saya berfikir jangka panjang sekiranya saya tidak lagi diperlukan dalam industri, ke mana saya selepas itu? "Jadi saya ambil langkah untuk mendapatkan pendidikan kerana pada akhirnya saya tetap menjadi seorang pendidik," ujarnya. Penyanyi lagu Bukan Aku itu bagaimanapun berkata dia kini lebih berhati-hati dalam memilih karya dan menyasarkan pencapaian lebih besar dalam kerjaya nyanyiannya. Merajuk itu tidak tetapi tahun ini baru saya ada peluang untuk memilih arah tuju dalam kerjaya nyanyian ini. DANIAL CHUERPENYANYI"Dulu mungkin saya keluarkan lagu sebab nak masuk Big Stage, jadi lepas ini kalau keluar lagu lagi mungkin saya mensasarkan untuk masuk Anugerah Juara Lagu (AJL). Kenapa tidak kan. "Insya-Allah dalam tahun ini juga saya akan lancarkan lagu baharu dibantu oleh Aisha Retno dan adiknya, Radi. "Kalau tiada aral melintang insya-Allah lagu itu akan dilancarkan sekitar bulan September atau Oktober nanti," jelasnya. Sementara itu, mengulas harapan peminat yang mahu melihatnya berduet dengan Aisha Retno, Danial berkata perancangan tersebut sememangnya ada, namun masih belum dapat direalisasikan dalam masa terdekat.Danial sebelum ini memberikan fokus utama terhadap pendidikan."Sebenarnya memang kami ada perancangan untuk merakamkan lagu duet tapi macam kita tahu selepas ini Aisha sibuk dengan Puteri Gunung Ledang The Musical (PGLTM) pula. "Jadi kalau betul-betul saya dan Aisha dan lancar lagu duet mungkin selepas PGLTM itu, saya tahu Aisha pun tak mahu sekadar buat lagu asalkan memenuhi permintaan peminat. "Sejak habis Big Stage lagi ramai yang mahu kami berduet tapi Aisha cakap kami perlu duduk berbincang dan tulis lagu yang baik, jadi kami berdua akan dapat kepuasan hasil itu sampai bila-bila," katanya. Untuk rekod, Danial muncul sebagai naib juara Big Stage 2022, manakala Aisha Retno menamatkan pertandingan di tempat ketiga.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!