suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Raja Azura kebal kecaman, tak suka tengok komen netizen

Raja Azura akan galas tanggungjawab yang diberikan sebaik mungkin.

KEMBALI ke Kilauan Emas, pelakon dan pengacara Raja Azura sudah bersedia berdepan segala kecaman yang mungkin diterima ketika mengacarakan program realiti itu.

Raja Azura, 53, berkata dia sedar tidak mampu memuaskan hati semua pihak menerusi hasil kerjanya, namun akan menjalankan tanggungjawab yang diberikan sebaik mungkin.

“Saya ini pula kebal. Bukan cakap besar, insya-Allah. Saya tak pernah layan netizen sebab saya bukan jenis yang suka tengok komen-komen.

Raja Azura malas layan komen negatif di media sosial.

“Bagi saya, diri saya adalah diri saya. Kalau orang nak komen, itu dia punya pasal. Yang penting, apabila kita diberikan satu tugasan dan tanggungjawab, kita jalankan amanah itu dengan baik dan sempurna,” katanya kepada mStar.

Mengulas mengenai platform Threads yang sering dianggap toksik oleh segelintir pihak, Raja Azura mengakui dia tidak mempunyai akaun di aplikasi berkenaan.

Malah, secara berseloroh dia menyifatkan individu yang gemar menghabiskan masa di platform tersebut sebagai golongan yang mempunyai banyak masa lapang.

ARTIKEL BERKAITAN: Nafkah tertunggak hampir RM1 juta, mahkamah luluskan pelaksanaan tuntutan Raja Azura

ARTIKEL BERKAITAN: “Ini perintah Allah“ - Raja Azura nak 'selamatkan' bekas suami soal kewajipan nafkah, tak reda hak anak-anak diabaikan

“Kasihan juga kepada mereka semua sebab mereka tak ada kerja, kena faham ya. Kalau mereka ada kerja, mereka tak ada masa nak buka Threads itu semua,” ujarnya.

Sementara itu, Raja Azura mengakui dirinya akan tersentuh melihat persembahan peserta Kilauan Emas Selebriti 2026 (KES2026) yang terdiri daripada pelakon dan selebriti veteran.

Katanya, rata-rata peserta merupakan rakan seperjuangan yang sanggup mengetepikan rasa malu demi menyumbang kepada mereka yang memerlukan.

“Mereka bukan penyanyi dan tahu suara mereka bukanlah terlalu sedap, biasa-biasa sahaja. Tetapi mereka memberanikan diri untuk naik ke atas pentas dan membuat persembahan.

Raja Azura dan Keanu Azman (kiri) bergandingan buat kali pertama.

“Mereka tahu mereka mungkin akan ditembak dengan kecaman netizen seperti suara tak sedap atau macam-macam lagi. Bagi saya, kalau nak kutuk, kutuklah. Tapi perjuangan mereka sangat mulia,” kongsinya.

Dalam program itu nanti, Raja Azura bakal bergandingan dengan Keanu Azman sebagai pengacara.

Antara selebriti yang bakal berentap di pentas KES2026 ialah Datuk Jalaluddin Hassan, Mubarak Majid, Fazlina Ahmad Daud dan Katy Azean.

Turut bersaing ialah Rahim Omar, Maria Tunku Sabri, Zila Bakarin, Amyza Aznan dan Rashdan Baba.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain