suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Noraniza Idris pasrah busana ditempah ‘lesap‘ di saat akhir, terpaksa ‘recycle‘ baju lama

Noraniza menganggap segala yang berlaku ada hikmahnya.

PENYANYI Noraniza Idris menganggap isu tempahan busana yang dibatalkan sebelum ini sudah pun selesai dan memilih untuk tidak lagi memikirkan perkara itu lagi.

Menurut Noraniza, 57, dia menghargai sokongan serta kata-kata semangat yang diberikan peminat sehingga membantunya untuk terus melangkah dan mengambil perkara itu secara positif.

"Tak mengapalah semua pun sudah dapat diselesaikan. Peminat banyak bagi motivasi dan saya pun sudah move on

Luahan Noraniza di Threads miliknya.

"Jangan risau, biasalah budak-budak (pereka baharu) baru berniaga. Saya faham. Perancangan Allah itu lebih baik, pasti ada hikmah. 

"Doakan saja yang baik-baik asalkan semuanya berjalan lancar," katanya ketika dihubungi mStar

Dalam pada itu, Noraniza bersyukur kerana berjaya mendapatkan busana pada saat akhir, biarpun ia merupakan koleksi lama yang masih belum pernah dipakai.

ARTIKEL BERKAITAN: Noraniza Idris tetap sokong konsert Siti Nurhaliza

ARTIKEL BERKAITAN: “Komposer ramai, kena rajin cari“ - Noraniza Idris bangkang guna AI sepenuhnya cipta lagu tradisional

"Sebenarnya saya ada buat satu kempen menggayakan busana Melayu Johor untuk Zapin Living Lab (bengkel kebudayaan). 

"Semua peserta yang hadir akan berbusana Johor ketika menghadiri bengkel dan pada sebelah malam ada joget zapin lambak. 

"Saya sajalah yang tak ada busana tapi mujur ada koleksi lama yang belum pernah dipakai. Edisi kali ini saya pakai sajalah baju lama, asalkan mengikut tema," ujarnya. 

Noraniza menjayakan kempen menggayakan busana Melayu Johor.

Sebelum ini, Noraniza berkongsi luahan di Threads selepas busana yang ditempahnya untuk menghadiri sebuah acara tidak dapat disiapkan apabila pereka berkenaan memaklumkan pakaian tersebut telah dijual kepada pelanggan lain.

Katanya, dia ketika itu sudah bersiap untuk bergerak ke Johor bagi menghadiri acara berkenaan yang berlangsung pada Sabtu.

Pereka tersebut kemudian memohon maaf kepada Noraniza dan meminta penyanyi itu mencari busana gantian.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain