BUKAN sekadar menghulurkan sumbangan, pelakon Syatilla Melvin bersama adik-beradiknya sanggup meluangkan masa melayan penghuni rumah orang tua seperti keluarga sendiri.Kisah kebaikan mereka dikongsikan jurugambar dikenali sebagai Afham di Threads yang turut berpeluang mengikuti aktiviti amal berkenaan. Menurutnya, dia pada awalnya tidak menyangka Syatilla, Syafiqa, Syifa dan Syida sanggup melakukan perkara tersebut ketika mengunjungi rumah orang tua."Nak kongsikan sikit fasal Syida dan Melvins (adik-beradik) sebab ulang tahun kelahiran Syida hari ini (Rabu). Bukan fasal mereka selebriti tapi tentang satu perkara yang mereka buat tak pernah aku sangka. Syatilla (kiri) dan Syifa menyatuni penghuni rumah orang-orang tua."Bertahun aku jadi jurugambar, satu hari Syatilla telefon, Afham jom ikut amal jariah dekat rumah orang tua dengan Syafiqa, Syifa dan Syida. "Dalam hati aku, eh biar betul mereka ni. Pertama kali dalam hidup aku masuk rumah orang tua. Mereka bukan datang sekejap bagi duit dan terus balik, tapi mereka berdandan, mekapkan nenek tu seorang demi seorang," katanya. Dalam pada itu, individu berkenaan turut mendedahkan apa yang paling menyentuh hati apabila melihat adik-beradik itu tidak kekok menyuapkan makanan kepada penghuni rumah berkenaan.ARTIKEL BERKAITAN: Tak tergamak nak sebut, Syatilla Melvin pelik wujud stigma mengikut kelas... Tidak selesa guna istilah B40ARTIKEL BERKAITAN: [V] “Saya menangis bukan sebab sedih“ - Syida Melvin terharu keluarga sumber kekuatan hadapi penceraianTambahnya, sesi beramah mesra bersama penghuni rumah orang tua itu turut membuka matanya mengenai realiti kehidupan sebahagian daripada mereka."Korang (netizen) rasa selebriti sanggup tak suap makan nenek-nenek yang anda sendiri biarkan? "Paling kena dekat hati aku, sesi suap-suapan. Mereka suap nenek tu makan macam suapan seorang anak. Lepas tu tak larat nak tahan air mata macam biasalah, Syatilla buat lawak. Syatilla dan Syida (kanan) memberikan perhatian dan kasih sayang yang ikhlas pada penghuni rumah orang-orang tua."Akhir sekali sesi luah cerita. Di situ baru aku faham, ramai antara mereka (penghuni) bukan tak ada anak. Ada anak tapi tak pernah datang jenguk," ujarnya. Menurut jurugambar itu lagi, pengalaman tersebut membuatkan dia melihat sisi lain keluarga Melvin yang bukan sahaja turun padang membantu, tetapi turut memberikan perhatian dan kasih sayang kepada golongan berkenaan."Moralnya, bukan semua selebriti yang sanggup betul-betul turun untuk makcik-makcik yang dah tak ada sesiapa demi kasih sayang macam anak sendiri," katanya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!