suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

XPDC Kita Peng-Yu kenang jasa, rancang tabung khas bantu Ismahalil

Ismahalil (kiri) banyak membantu XPDC ketika band itu tiada undangan persembahan.

KUMPULAN rock metal, XPDC Kita Peng-Yu terkejut dengan nasib menimpa bekas penyampai radio, Ismahalil Hamzah yang kini menjalani hukuman penjara 30 tahun di Penjara Kajang.

Menurut salah seorang anggota, iaitu Zuar, pihaknya merancang untuk menghulurkan bantuan kepada Ismahalil, termasuk menyediakan tabung khas buat bekas penyampai radio itu.

“Insya-Allah kita akan cuba buat yang terbaik.  Kita mungkin akan adakan tabung, kami ada berbincang dengan pengurus juga. 

"Mungkin ada sebahagian keuntungan tiket itu kami akan dermakan kepada dia,” katanya kepada mStar.

Zuar (kanan) dan XPDC hargai persahabatan mereka dengan Ismahalil.

Zuar berkongsi berkongsi perkara itu ketika ditemui di sesi latihan akhir Konsert Headbang Live & Loud: XPDC Kita Peng-Yu di Kuala Lumpur pada petang Khamis.

Mengimbau kembali jasa Ismahalil, Zuar berkata, bekas penyampai radio itu bukan sahaja kenalan rapat, malah banyak membantu mereka ketika industri hiburan terjejas teruk akibat pandemik Covid-19.

Katanya, Ismahalil juga sering mengendalikan persembahan XPDC Kita Peng-Yu dan sudah dianggap sebati dengan perjalanan kumpulan rock berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Ismahalil dipenjara 30 tahun, mahkamah rayuan ketepikan keputusan bebas

ARTIKEL BERKAITAN: Ismahalil reda terima hukuman penjara 30 tahun, sempat rakam video terakhir ucap terima kasih

“Ketika itu XPDC memang tak ada kerja, tak boleh keluar dan buat persembahan. Kami datang ke konti, kemudian buat temu bual dan aktiviti santai.

“Ramai yang menonton, sampai beribu-ribu orang,” ujarnya.

Pada 7 Ogos lalu, Ismahalil dijatuhi hukuman penjara 30 tahun selepas Mahkamah Rayuan mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi yang melepas dan membebaskannya daripada tuduhan mengedar dadah pada September 2021.

Ia ekoran panel hakim mendapati terdapat alasan yang cukup bagi membolehkan pihaknya mengganggu dapatan Hakim Mahkamah Tinggi di akhir kes pembelaan.

Ismahalil kini jalani hukuman penjara 30 tahun.

Keputusan itu digantikan dengan sabitan bagi kesalahan mengikut Seksyen 39B(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan dihukum di bawah Seksyen 39B(2) akta sama.

Pada 17 Julai 2023, Ismahalil atau Isma Halil Hamzah, 53, dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur atas pertuduhan mengedar dadah jenis kanabis di rumah di Jalan Semarak, Wangsa Maju pada September 2011.

Mengikut pertuduhan, Ismahalil didakwa mengedar kanabis seberat 374.6 gram. 

Ismahalil bagaimanapun sebelum ini mengaku tidak bersalah atas dakwaan berkenaan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain