REDA menerima hukuman penjara 30 tahun, bekas penyampai radio Ismahalil sempat berkongsi video penghargaan atas doa orang ramai. Menerusi satu video rakaman pendek, Ismahalil, 53, kelihatan tenang menerima keputusan Mahkamah Rayuan mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi yang melepas dan membebaskannya atas kesalahan mengedar dadah pada September 2021. "Allah bagi keputusan macam ini. Insya-Allah, terima kasih semua kawan-kawan, terima kasih semua. "Kepada anak-anak ayah, doakan ayah, mungkin ini bahagian ayah. Kepada lawyer, kepada semua sekali. Ismahalil mohon doa sebelum jalani hukuman penjara. "Ini mungkin video terakhir saya sebelum menjalani kehidupan seterusnya," katanya. Difahamkan video berkenaan dikongsi oleh isterinya, Nor Haslinda Abdul Manaf kepada rakan-rakan ahli kumpulan WhatsApp Bapakku FM selepas menerima keputusan mahkamah. Ismahalil dalam masa sama berkata dia tidak menyalahkan mana-mana pihak atas nasib yang menimpa dirinya. "Demi Allah saya tak ada nak menyalahkan siapa-siapa. Semua ketentuan Allah. Terima kasih semua yang mendoakan. Kita dah berusaha dan kita telah mendoakan," luahnya. ARTIKEL BERKAITAN: Ismahalil dipenjara 30 tahun, mahkamah rayuan ketepikan keputusan bebas ARTIKEL BERKAITAN: [V] Ada hikmah kena penjara, Ismahalil 3 kali khatam al-Quran... “Mula-mula susah tapi sekarang jadi sayang”Mahkamah Rayuan Putrajaya pada Khamis menjatuhkan hukuman penjara 30 tahun terhadap Ismahalil sekali gus mengenepikan keputusan Mahkamah Tinggi yang melepas dan membebaskannya atas kesalahan mengedar dadah pada September 2021.Keputusan dibuat sebulat suara tiga panel hakim dipengerusikan Datuk Noorin Badaruddin bersama Datuk Radzi Abdul Hamid dan Datuk Meor Hashim Abdul Hamid.Noorin dalam keputusan itu memaklumkan hukuman penjara 30 tahun berkenaan bermula Jumaat.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!