SEMBILAN bulan tiada perkembangan, ibu kepada pelakon cilik iaitu Salzelin Osman akhirnya mengambil keputusan menarik laporan polis yang dibuat berhubung kes pengantunan seksual atau sexual grooming membabitkan anak lelakinya.Salzelin, 36, berkata keputusan itu dibuat kerana kekangan masa selain perlu melalui pelbagai prosedur yang memerlukan mereka kerap berulang-alik bagi membantu siasatan. "Saya sudah tarik laporan sebab sudah sembilan bulan tak ada apa-apa perkembangan. Banyak proses yang perlu dibuat macam kena pergi selesaikan urusan telefon bimbit untuk buka tetapan dan kena bawa anak saya untuk face ID.Ibu pelakon cilik terpaksa akur menarik semula laporan polis."Jadi saya rasa nak ulang-alik itu susah sebab dia sekolah lagi, suami pun kerja. Jadi saya cakap tak apalah, kami tarik sajalah," katanya kepada mStar.Walaupun kes berkenaan tiada penyelesaian, Salzelin berharap kejadian ini dapat membuka mata ramai pihak supaya lebih berhati-hati terhadap individu berkenaan."Sekurang-kurangnya kes ini dah viral, jadi orang pun dah tahu dan mereka akan berhati-hati juga selepas ini," ujarnya.Dalam pada itu, Salzelin memberitahu dia turut mendapatkan bantuan pakar psikiatri bagi memastikan anak lelakinya itu tidak mengalami trauma selepas insiden tersebut.ARTIKEL BERKAITAN: Fasha Sandha hilang sabar! Pelakon lewat hingga dua jam setiap hari - “Sabar orang ada had“ARTIKEL BERKAITAN: “Takut mengidam, lebih stres“ - Amir Masdi jaga kuantiti makanan, kurangkan aiskrim demi AJL40"Masa lepas kes itu tular saya ada bawa anak saya jumpa pakar psikiatri bahagian kanak-kanak dalam dua atau tiga kali sebab tak nak dia trauma untuk berhadapan dengan orang ramai."Saya pun dah beritahu anak mengenai batas, apa yang boleh dan tidak. Syukur sekarang dia pun okay sahaja," katanya.Enggan insiden sama berulang, Salzelin kini lebih memantau keselamatan anak terutama ketika berada di lokasi penggambaran.Antara gangguan diterima oleh anaknya sebelum tular di media sosial.Malah, dia lebih kerap memeriksa telefon bimbit selain memastikan anaknya sentiasa ditemani kru wanita sekiranya perlu bermalam di luar."Sekarang memang saya lebih kerap periksa telefon dia. Kalau dia ada sesi luar, saya tak bagi dia tidur dengan lelaki dan saya akan suruh dia bersama kakak-kakak perempuan sebab dia masih belum matang."Kalau nampak mesej atau emoji yang pelik, kena tanya. Setakat ini semuanya okey. Harap-harap perkara macam ini tak berlaku lagi,” ujarnya.Pada Julai 2025, ibu kepada pelakon cilik berusia 10 tahun ini mendedahkan anaknya menerima ancaman pengantunan seksual seorang penyanyi tradisional tempatan menerusi perbualan di telefon bimbit.Kes ini mendapat perhatian personaliti media sosial Caprice yang turut mendedahkan perbualan Whatsapp antara pelakon cilik itu dengan lelaki berkenaan.Malah, satu laporan polis juga telah dibuat oleh ibunya.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!