KALI keempat beraksi di pentas Anugerah Juara Lagu (AJL), penyanyi Amir Masdi mengakui pengalaman lalu banyak mengajarnya untuk tampil lebih tenang pada edisi kali ini.Amir, 30, berkata antara perkara yang diberi perhatian adalah memastikan tiada gangguan ketika berada di atas pentas sehingga boleh menjejaskan fokus dan persembahannya. “Gangguan atas pentas. Jadi saya cuba untuk lebih fokus selepas ini.Amir mahu berikan yang terbaik buat peminat.“Saya juga cuba untuk tidak berlebihan dan tidak tunduk kepada tekanan kerana kita tahu kadang-kadang perubahan saat akhir di AJL boleh mendatangkan tekanan yang tidak perlu.“Itu yang saya belajar untuk kawal. Saya kena lebih tenang dan cuba menguruskannya di pertengahan supaya tidak terlalu terbabas,” katanya kepada mStar.Sementara itu, berbeza dengan sesetengah penyanyi lain, Amir berkata dia tidak mengamalkan sebarang pantang makanan secara khusus sebagai persediaan menjelang AJL40 yang bakal berlangsung pada 15 Ogos ini.Bagaimanapun, dia kini mengurangkan kuantiti makanan berbanding kebiasaannya.ARTIKEL BERKAITAN: Kesibukan kerja halang Amir Masdi nikah sebelum 30 tahunARTIKEL BERKAITAN: Berdepan cabaran siapkan album ketiga, Amir Masdi ada cara tangani ‘creative block’“Saya makan macam biasa, cuma jaga dari segi kuantiti. Selalunya saya makan empat atau lima kali sehari sebab saya kuat makan.“Tapi sekarang ini mungkin kena tiga kali saja. Makanan seperti aiskrim dan makanan berminyak kalau boleh saya kurangkan.“Tapi tidaklah sampai saya kata tidak terus. Takut nanti badan mengidam (craving), jadi lebih stres,” ujarnya.Dalam pada itu, Amir berkata dia turut mengutamakan waktu tidur yang mencukupi bagi memastikan stamina dan kesihatan berada pada tahap terbaik menjelang persembahan.Amir kurangkan makan sebagai persediaan AJL40.Bagaimanapun, dia enggan terlalu memikirkan tekanan sebaliknya hanya mahu memastikan penyampaiannya mampu menyentuh hati peminat.“Kalau saya stres atau penat, saya pilih untuk tidur daripada keluar atau meluangkan masa untuk perkara lain,” kongsinya.Sekadar info, Amir bakal mempertaruhkan lagu Nurcinta yang dicipta bersama komposer Edry Abdul Halim di pentas Anugerah Juara Lagu ke-40 (AJL40) .AJL40 bakal berlangsung secara langsung pada 15 Ogos ini di Unifi Arena, Bukit Jalil.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!