KETUA kumpulan Alpha, Daniel Sher tampil menjelaskan dakwaan segelintir peminat yang mempersoalkan peranannya apabila anggota lain dilihat lebih kerap menjawab soalan ketika sesi temu bual.Daniel atau Daniel Sher Aaron Bahadur, 35, berkata ramai yang salah anggap bahawa seorang ketua perlu menjadi individu paling banyak bercakap. Sedangkan, baginya kepimpinan bukan hanya diukur berdasarkan perkara itu. "Menjadi seorang ketua tidak semestinya bermaksud perlu menjawab setiap soalan atau bercakap paling banyak. Ketika sesi temu bual atau podcast, saya tidak merasakan perlu menjawab semua soalan kerana ada antaranya lebih sesuai dijawab oleh ahli lain."Dengan cara itu, semua orang berpeluang untuk bercakap, mengekspresikan diri dan menyerlahkan personaliti masing-masing," katanya.Luahan peminat di platform Threads.Daniel berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Threads. Dalam pada itu, Daniel memberitahu antara tanggungjawabnya sebagai ketua adalah memastikan setiap anggota diberi peluang untuk menyerlahkan kelebihan dan personaliti masing-masing."Salah satu tanggungjawab saya ialah mengingatkan pasukan bahawa bukan semua soalan ditujukan kepada orang yang sama. ARTIKEL BERKAITAN: ‘P Ramlee Saloma’ gagal mara ke SFMM40, Daniel Sher respons hargai sokongan peminat AlphaARTIKEL BERKAITAN: Daniel Sher rasa tenang kali pertama masuk masjid, seronok pelajari ilmu tentang Islam"Setiap soalan mampu menyerlahkan kelebihan yang berbeza sama ada dari segi personaliti, kreativiti, humor atau cara seseorang melihat sesuatu perkara. "Apabila semua ahli diberi peluang untuk menjawab, penonton dapat mengenali setiap anggota dengan lebih dekat dan perkara itu sangat penting untuk perkembangan kumpulan kami," ujarnya. Sementara itu, Daniel turut menjelaskan sebelum setiap sesi temu bual berlangsung, dia akan mengadakan perbincangan bersama anggota Alpha dan pihak pengurusan bagi menyelaraskan hala tuju perbualan.Katanya, semua ahli hanya perlu memahami objektif temu bual tanpa menyediakan jawapan secara terancang."Sebelum setiap sesi temu bual, saya akan berbincang bersama semua ahli Alpha dan juga pihak pengurusan bagi menyelaraskan hala tuju perbualan.Daniel tampil mempertahankan anggota kumpulan Alpha. "Kami tidak pernah merancang atau menyediakan jawapan terlebih dahulu. Kami hanya memastikan semua orang memahami objektif temu bual dan yakin untuk menyampaikan pandangan masing-masing. "Ia bukan soal mahu mencuri perhatian, tetapi tentang memberi ruang kepada semua ahli untuk menyumbang dan didengari," katanya. Sebelum ini, seorang peminat menegur salah seorang anggota Alpha iaitu Ariel Fesol yang didakwa sering menjawab soalan ketika sesi temu bual sehingga tidak memberi peluang kepada ahli lain untuk bersuara.Malah, peminat berkenaan turut mempersoalkan peranan Daniel sebagai ketua kumpulan yang sepatutnya lebih tegas serta menjadi wakil utama Alpha dalam setiap sesi temu bual.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!