suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

“Akak bila lagi?“ - Isteri Mamat Sepah sebak dukung anak Shuib, mohon berhenti tanya zuriat

Nana (kanan) terharu apabila dapat mendukung Akira.

ISTERI kepada pelawak Mamat Sepah, Nordiana Ibrahim memohon orang ramai agar berhenti bertanyakan tentang zuriat kerana mengakui belum mempunyai jawapan untuk persoalan tersebut.

Nordiana atau lebih mesra disapa Nana berkata, dia berharap orang ramai dapat memahami situasinya dan hanya mendoakan agar suatu hari nanti dikurniakan cahaya mata.

"Aku macam... soalan apa ni? Tolong jangan tanya aku soalan yang berat untuk aku jawab dan tiada jawapan untuk soalan itu. 

Nana mohon orang ramai agar tidak bertanyakan isu zuriat kepadanya.

"Cukup hanya doakan semoga suatu hari nanti aku akan diberi rezeki dapat bayi yang comel dan sihat. Amin," katanya. 

Nana berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instagram miliknya. 

Luahan itu dibuat selepas Nana berkongsi momen menyentuh hati apabila berpeluang mendukung anak bongsu pelawak Shuib sehingga bayi berkenaan terlena dalam dakapannya.

ARTIKEL BERKAITAN: Isteri selalu menangis ditanya tentang zuriat, Mamat Sepah tak putus asa cuba pelbagai rawatan... Sanggup buang vape demi cahaya mata

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Tawar hati selepas ditahan, isteri Mamat Sepah nekad tinggalkan kerjaya polis

"Hari ini sumpah hati aku agak terusik, pegang dan dukung Akira (anak Shuib) sampai dia terlelap. 

"Buat aku rasa lebih sebak bila ada makhluk Allah yang bertanya 'akak bila lagi?'," ujarnya. 

Difahamkan, Nana kini berada di Singapura bersama isteri Shuib iaitu Watie Hanifiah atas urusan perniagaan.

Nana dan Mamat (kiri) belum dikurniakan rezeki untuk menimang cahaya mata.

Sebelum ini, ketika ditemu bual mStar, Mamat atau Mohd Noor Murad, 41, memberitahu emosi isterinya sering terganggu apabila diajukan mengenai zuriat. 

Kata Mamat, isterinya menjadi lebih sensitif dan tersentuh apabila mengenangkan perkara itu. 

Untuk rekod, Nana dan Mamat mendirikan rumah tangga pada 1 Mac 2020, di Kulai, Johor. 

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain