PELAKON Sherry Ibrahim mengambil keputusan menurunkan hantaran berhubung kejadian membabitkan seekor anjing liar Rocky yang mati dalam satu operasi penguatkuasaan, selepas dia menerima penjelasan daripada pihak berkuasa.Sherry atau Syarizad Ibrahim, 43, berkata tindakan itu dibuat sebagai tanda menghormati pihak berkuasa yang menjalankan siasatan lanjut berhubung kejadian berkenaan. “Saya telah menerima penjelasan berhubung kejadian melibatkan anjing bernama Rocky daripada sumber berita dan Kawasan Rukun Tetangga (KRT) yang menjelaskan situasi dan kronologi kejadian.Sherry sudah terima penjelasan daripada pihak berkuasa.“Setelah mengambil kira penjelasan tersebut, saya mengambil keputusan untuk menurunkan hantaran terdahulu bagi menghormati penjelasan yang telah diberikan serta memberi ruang kepada pihak berwajib menjalankan tugas dan siasatan sewajarnya,” katanya menerusi hantaran di Threads.Dalam pada itu, Sherry berharap kejadian berkenaan menjadi pengajaran kepada semua pihak agar aspek kebajikan dan keselamatan haiwan sentiasa diberi perhatian, khususnya dalam mana-mana operasi pengendalian haiwan.“Walau bagaimanapun, saya ingin menyeru agar kejadian ini menjadi pengajaran kepada kita semua.ARTIKEL BERKAITAN: Sherry Ibrahim tetap pertahankan kes Rocky, takkan padam hantaran Threads jika tiada penjelasan MBDKARTIKEL BERKAITAN: Sabar ada batasnya! Sherry Ibrahim tak boleh lagi berdiam diri, hantaran media sosial tiada kaitan kisah silam“Dalam apa juga operasi menangkap, mengawal atau mengendalikan haiwan, aspek kebajikan, keselamatan dan pengendalian secara berperikemanusiaan perlu sentiasa diberikan keutamaan.“Semua pihak yang terlibat perlu memahami serta mematuhi SOP dan peruntukan Akta Kebajikan Haiwan 2015 [Akta 772],” ujarnya.Pada masa sama, dia mengingatkan bahawa kebajikan haiwan perlu dijaga, namun keselamatan manusia juga harus dilindungi, selain pegawai yang menjalankan amanah wajar dihormati. Soal kebajikan haiwan tidak seharusnya menjadi medan untuk saling menuduh.SHERRY IBRAHIMPELAKON“Kita boleh berbeza pandangan, tetapi soal kebajikan haiwan tidak seharusnya menjadi medan untuk saling menuduh atau menghukum sebelum fakta sebenar diketahui.“Semoga kejadian ini menjadi iktibar dan membawa kepada penambahbaikan yang lebih baik pada masa hadapan,” jelasnya.Sebelum ini, Sherry dengan lantang menggelar pegawai penguat kuasa itu sebagai pembunuh kerana sifat cintanya yang mendalam terhadap haiwan.Kenyataan Sherry sebelum ini mengenai nasib Rocky.Malah dia juga tidak berhasrat sama sekali untuk menarik balik simpati atau memohon maaf atas pendirian tegasnya membela nasib seekor anjing liar bernama 'Rocky' yang mati dalam satu operasi penguatkuasaan.Pada 31 Julali lalu, kematian anjing liar bernama Rocky di Taman Teluk Gedung Indah, Pelabuhan Klang mencetuskan amukan netizen dan pencinta haiwan selepas tular dakwaan Rocky itu diperlakukan secara kasar oleh penguat kuasa Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK).Bagaimanapun, pihak MBDK dalam satu kenyataan mempertahankan tindakan anggotanya dan menjelaskan kematian haiwan itu berpunca daripada provokasi serta tindakan agresif seorang wanita yang cuba memotong tali penahan, sehingga menyukarkan proses melonggarkan ikatan pada leher anjing terbabit.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!