Dari kiri: Hemo, Mya, Tuan Nicky, Achoi dan Raf (belakang) tidak pernah tanggalkan topeng di khalayak ramai.
KUMPULAN rap KOI (Konflict Of Interest) selesa dengan imej misteri bertopeng yang menjadi identiti mereka sejak awal kemunculan.Menurut vokalisnya, Mya Nana, 30, mereka tidak pernah berasa rimas dengan pemakaian topeng, malah sudah terbiasa mencari ruang untuk berehat seketika ketika menghadiri sesuatu acara yang agak panjang. “Kami sudah biasa dengan imej bertopeng, jadi tidak menjadi masalah untuk kami keluar bekerja dengan memakai topeng. Paling lama pakai pun dua, tiga jam.KOI selesa dengan imej bertopeng.“Kalau kami menghadiri sesebuah acara, kadang-kadang kami akan keluar sekejap untuk minum air, pergi tandas dan ambil nafas sebelum pakai semula,” katanya kepada mStar.Ditanya sama ada pemakaian topeng menyukarkan mereka menikmati hidangan ketika menghadiri acara, Mya mengakui ia sedikit membataskan pergerakan.Bagaimanapun, katanya, keadaan itu tidak berlaku kepada rakan anggota lain Hemo Globin dan Achoi Floor 88 kerana menggunakan topeng berbeza yang memudahkan untuk makan dan minum.ARTIKEL BERKAITAN: Nama dikenali kerana K.O.I, Mya Nana lebih selesa pakai ‘mask’ tutup mukaARTIKEL BERKAITAN: ‘Tangisan Seorang Pendosa’, ‘Kamu’, ‘Lemah’, ‘Nurcinta’ antara lagu layak ke AJL40“Kami jarang makan di acara kecuali Hemo dan Achoi. Topeng mereka seperti cermin mata, hanya menutup bahagian mata dan tidak menutup mulut. Jadi senang untuk dia makan,” kongsinya.Dalam pada itu, Hemo berkata sebelum ini dia menggunakan topeng yang menutup keseluruhan wajah, namun terpaksa mengubahnya selepas mendapati ia mengganggu kelancaran ketika menyanyi.Jelasnya, setiap topeng yang digunakan anggota KOI mempunyai maksud serta identiti tersendiri.“Dulu saya pakai seperti Tuan Nicky, tetapi apabila menyanyi agak mengganggu. Jadi, saya cari topeng yang hanya menutup mata.KOI pertama kali menyertai AJL40.“Saya custom-made sendiri dan rasanya sudah setahun saya pakai topeng ini,” ujarnya.Untuk rekod, KOI yang dianggotai Mya Nana, Achoi Floor 88, Khaza Raflex, Tuan Nicky dan Hemo Globin bakal mempertaruhkan lagu Tiwikarma di pentas Anugerah Juara Lagu ke-40 (AJL40).AJL40 pada 15 Ogos ini akan bersiaran secara langsung dari Unifi Arena, Bukit Jalil.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!