PELAKON Kilafairy tampil memohon maaf secara terbuka susulan penggunaan bahasa kasar ketika mengulas isu kematian anjing jalanan, Rocky yang mencetuskan perdebatan hangat di media sosial.Kila atau Syakila Nisa Jahangir Khan, 34, mengakui kata-kata yang ditulis di platform Threads beberapa hari lalu adalah keterlaluan selain menginsafi kesilapan tersebut selepas menilai semula tindakannya. "Pertama sekali, saya nak minta maaf atas pemilihan kata-kata yang digunakan di Threads beberapa hari lepas. "Bila melihatnya kembali, ya bahasa itu sangat kasar. Maaf semua, saya hanya manusia biasa tak sempurna dan masih belajar untuk menjadi individu lebih baik setiap hari. Kila memohon maaf secara terbuka."Terima kasih juga kepada semua yang menegur dan menasihati saya secara peribadi dan tertutup. Saya sangat menghargainya. Saya juga sudah membaca penjelasan daripada kedua-dua belah pihak mengenai kes Rocky," katanya. Kila berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Threads miliknya pada petang Isnin. Dalam pada itu, Kila turut berharap isu berkenaan dapat dijadikan pengajaran agar semua pihak mengendalikan kes melibatkan haiwan secara lebih adil dan berhemah tanpa dipengaruhi emosi."Pada akhirnya, saya berharap bila ada kes seperti ini semua pihak dapat mengendalikan situasi dengan adil dan aman. ARTIKEL BERKAITAN: “Doa dan kata-kata awak tidak baik“ - Jinggo tegur Kilafairy berhubung isu RockyARTIKEL BERKAITAN: Isu Rocky: Sherry Ibrahim turunkan hantaran selepas terima penjelasan pihak berkuasa"Semoga kita semua terus berusaha membina dunia yang lebih baik, lebih berperikemanusiaan dan adil kepada seluruh ciptaan Allah di bumi ini, sama ada manusia mahupun haiwan. Sebarkan kasih sayang, bukan kebencian."Sekali lagi, Kila nak minta maaf atas kekasaran bahasa yang menyinggung ramai pihak. Sayang anda semua dan terima kasih kerana menasihati," ujarnya. Sebelum ini, Kila meluahkan rasa kesal terhadap nasib Rocky yang didakwa dibunuh dengan kejam oleh sekumpulan lelaki. Kila mengakui ketelanjuran bahasa yang digunakan sebelum ini.Tidak hanya meluahkan kemarahan, pelakon berkenaan turut menulis kata-kata tidak elok terhadap individu yang didakwa melakukan perbuatan itu. Pada 31 Julai lalu, kematian anjing liar bernama Rocky di Taman Teluk Gedung Indah, Pelabuhan Klang mencetuskan amukan netizen dan pencinta haiwan selepas tular dakwaan Rocky itu diperlakukan secara kasar oleh penguat kuasa Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK).Bagaimanapun, pihak MBDK dalam satu kenyataan mempertahankan tindakan anggotanya dan menjelaskan kematian haiwan itu berpunca daripada provokasi serta tindakan agresif seorang wanita yang cuba memotong tali penahan, sehingga menyukarkan proses melonggarkan ikatan pada leher anjing terbabit.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!