suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

“Doa dan kata-kata awak tidak baik“ - Jinggo tegur Kilafairy berhubung isu Rocky

Jinggo (kiri) kurang senang dengan kata-kata yang dikeluarkan oleh Kilafairy.

PENGARAH dan penerbit Jinggo meluahkan rasa kurang senang terhadap kenyataan pelakon Kilafairy berhubung isu pembunuhan anjing bernama Rocky yang hangat menjadi bualan di media sosial.

Menurut Jinggo atau Azman Yahya, 60, kata-kata yang dikeluarkan oleh pelakon berkenaan adalah keterlaluan kerana mendoakan perkara tidak baik terhadap individu yang didakwa melakukan perbuatan itu.

Teguran terbuka Jinggo buat Kilafairy. 

"Bersimpati pada binatang itu baik, tapi doa awak dengan kata-kata awak sangat tak baik, Kilafairy," tulisnya di laman Threads.

Jinggo turut memuat naik tangkap layar satu hantaran yang dimuat naik oleh Kilafairy.

ARTIKEL BERKAITAN: "Senangnya sebar fitnah" - Atikah Suhaime kesal 'jatuh hukum' kes Rocky tanpa usul periksa 

ARTIKEL BERKAITAN: Tuntut keadilan buat haiwan, Nabila Huda mohon PM ambil tindakan tegas

Terbuka berkongsi nasihat, pengarah itu memberitahu ia sekadar peringatan daripada seseorang yang lebih berusia.

"Ini nasihat orang tua, jangan ambil hati," ujarnya.

Kilafairy sebelum itu, menerusi satu hantaran, meluahkan rasa kesal terhadap nasib Rocky yang didakwa dibunuh dengan kejam oleh sekumpulan lelaki.

Hantaran Kilafairy di Threads. 

Bukan sekadar meluahkan rasa marah, malah pelakon berkenaan turut menulis kata-kata tidak elok terhadap individu yang didakwa melakukan perbuatan itu.

"Hati saya hancur disebabkan Rocky dan pemiliknya. Semoga awak masuk neraka. Awak membunuh binatang peliharaan seseorang. Semoga satu keluarga kau ditimpa bala," tulisnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain