suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tuntut keadilan buat haiwan, Nabila Huda mohon PM ambil tindakan tegas

Abil mohon isu penderaan haiwan dipandang serius.

PELAKON Nabila Huda menulis luahan secara terbuka kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, bagi menggesa tindakan tegas terhadap kesalahan melibatkan kekejaman terhadap haiwan.

Menurut Nabila atau mesra disapa Abil, 42, isu berkaitan penderaan haiwan harus dipandang serius kerana ia juga mencerminkan nilai dalam masyarakat sesebuah negara.

"Hati dan jiwa kami remuk setiap kali tengok haiwan didera, diseksa dan dibunuh dengan begitu kejam. Sampai bila mereka perlu menderita tanpa pembelaan?

Luahan Abil di Threads miliknya. 

"Sudah tiba masanya penguatkuasaan undang-undang yang tegas dan hukuman yang setimpal dikenakan terhadap jenayah ini. Penderaan haiwan bukan isu kecil.

"Ia mencerminkan siapa kita sebagai sebuah masyarakat dan sejauh mana nilai belas ihsan yang kita miliki," katanya.

Abil menulis luahan tersebut di media sosial miliknya dan berharap perkara itu sampai ke pengetahuan Perdana Menteri.

ARTIKEL BERKAITAN: “Terlalu overrated” - Nabila Huda tidak suka kongsi kisah bahagia di media sosial, suami sentiasa jadi peneman setia 

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Nabila Huda jemu berambut perang, tak sabar warnakan hitam semula

Perkongsian itu dipercayai dibuat susulan tular isu sekumpulan lelaki yang didakwa melakukan kekejaman terhadap seekor anjing sehingga menyebabkan kematian haiwan berkenaan.

Abil pada masa sama yakin bahawa sebagai manusia, kita perlu bersuara bagi melindungi haiwan daripada terus menjadi mangsa kekejaman.

"Haiwan tidak mempunyai suara, kita yang perlu bersuara untuk mereka.

Abil bersuara tuntut keadilan terhadap haiwan. 

"Semoga kita sentiasa mempertahankan nilai kemanusiaan dalam setiap bentuk kehidupan, termasuk makhluk yang tidak mampu mempertahankan diri.

"Haiwan dapat merasa sakit, takut dan berharap mendapat perlindungan serta keadilan," luahnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain