suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kematian ‘Rocky’ dah viral sampai Indonesia, Cakra Khan tahan emosi kenang nasib anjing diseksa

Cakra meluahkan rasa kesal atas perbuatan kejam terhadap Rocky.

TRAGEDI seekor anjing bernama Rocky yang didakwa mati akibat dibunuh dengan kejam oleh sekumpulan lelaki turut mendapat perhatian penyanyi Indonesia, Cakra Khan.

Meluahkan rasa kesal, Cakra pada masa sama turut mempersoalkan tindakan kejam tersebut sehingga mengakibatkan kematian haiwan berkenaan.

"Ada lagi yang menyeksa anjing dengan begitu keji.

Perkongsian Cakra di Threads. 

"Tarik nafas, tahan emosi... Tenanglah Rocky. Berlarilah dengan bebas di syurga," ujarnya.

Cakra menulis perkara tersebut di laman Threads miliknya selepas isu berkenaan mula tular dan menjadi bualan ramai.

Tambah penyanyi itu, meskipun tidak mengetahui secara jelas apa yang berlaku, dia percaya perkara itu masih boleh diselesaikan secara baik.

ARTIKEL BERKAITAN: Tuntut keadilan buat haiwan, Nabila Huda mohon PM ambil tindakan tegas 

ARTIKEL BERKAITAN: Jatuh cinta dengan masakan mamak, Cakra Khan borong berkotak-kotak mi segera bawa pulang Indonesia

Bagi Cakra, tindakan kejam itu tidak sepatutnya berlaku terhadap anjing berkenaan.

"Kalau memang ada yang tersakiti kerana anjing itu, jika anjing tersebut ada pemiliknya, bercakaplah dengan pemiliknya dan lakukan apa yang terbaik.

"Saya tidak tahu kisah penuh di sebaliknya, tetapi saya rasa ia masih boleh dibincangkan dengan cara yang baik," luahnya.

Cakra meluahkan rasa simpati terhadap nasib Rocky. 

Isu kematian Rocky sebelum ini mendapat perhatian pelbagai pihak yang meluahkan rasa kurang senang terhadap tindakan kejam tersebut.

Menerusi laporan media, pihak polis telah membuka kertas siasatan dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 428 Kanun Keseksaan atas kesalahan melakukan khianat dengan membunuh haiwan.

TONTON VIDEO PILIHAN!

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain