JUARA Hero Remaja 2017, Alif Muhaimin mengakui tidak lagi mahu bergantung sepenuhnya kepada dunia lakonan apabila kini serius membina kerjaya sebagai ejen insurans demi menjamin pendapatan bulanan yang lebih stabil.Alif atau Alif Muhaimin Abdul Rahman, 31, berkata keputusan itu dibuat kerana tawaran berlakon tidak menentu, sedangkan dia kini mempunyai komitmen keluarga yang perlu diutamakan. "Shooting drama atau filem memang bayarannya berbaloi tetapi bila job kurang atau tak konsisten saya jadi takut sebab dah ada komitmen dan keluarga. Saya memang kena ada duit setiap bulan. Alif mahu menjalankan tanggungjawab sebagai ketua keluarga dengan baik."Ada juga kawan-kawan yang berlakon dah macam kurang tawaran mereka juga buat kerja lain. "Saya yakin rezeki Allah datang dalam pelbagai cara," katanya kepada mStar. Dalam pada itu, Alif memberitahu dia bukanlah baharu menceburi bidang tersebut, namun sebelum ini sukar memberikan komitmen sepenuhnya.ARTIKEL BERKAITAN: Kurang menyerlah walau bergelar Hero Remaja, Alif Muhaimin tak cemburu rakan seangkatan lebih berjayaARTIKEL BERKAITAN: Alif Muhaimin timang bayi lelaki, isteri bersalin dua minggu lebih awalKata Aliff, bermula Jun lalu dia mengambil keputusan untuk lebih serius dengan mengikuti latihan dan menduduki ujian berkaitan sebelum bergelar ejen insurans."Sebenarnya saya mula jual insurans dua tahun lepas tapi pada waktu itu tak boleh nak beri komitmen sepenuhnya. "Jadi bulan Jun lalu saya mula serius dalam bidang ini dan sudah pun menjalani ujian serta latihan berkaitan. "Apa yang membuatkan saya beralih arah tentang kerjaya baharu adalah kerana ingin mencari pendapatan pasif setiap bulan," ujarnya. Saya yakin rezeki Allah datang dalam pelbagai caraALIFF MUHAIMIN PELAKON Mengulas lanjut, Alif berkata keputusan beralih arah kerjaya turut mendapat sokongan daripada rakan-rakan artis yang sentiasa memberi kata-kata semangat untuknya meneroka bidang baharu."Alhamdulillah pada kawan-kawan seangkatan saya yang masih berlakon, saya doakan mereka sentiasa dimurahkan rezeki juga. "Rakan artis pun banyak bagi semangat dan beri sokongan kerana saya mahu mencuba perkara baharu. Alif mengambil keputusan untuk lebih serius mendalami bidang takaful."Tak mengapalah buat takaful ni bagus juga jadi saya tak boleh patah semangat, kena teruskan usaha ini," katanya. Untuk rekod, Alif mendirikan rumah tangga dengan Alissa Azam pada 24 Jun 2023 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki iaitu Muhammad Adryan, 2 tahun. Alif juga merupakan juara Hero Remaja 2017. Edisi itu turut melahirkan beberapa pelakon popular lain seperti Ikmal Amry, Safwan Nazri, Nabil Aqil dan Harris Annuar.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!