suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Sheila Majid terima gelaran Datuk Seri

Sheila dikurniakan darjah kebesaran Istana Pahang.

PENYANYI Datuk Sheila Majid menjadi antara 52 individu penerima darjah kebesaran dan pingat Pahang bersempena dengan Memuliakan Ulang Tahun Hari Keputeraan Ke-67 Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. 

Sheila atau Shaheila Abdul Majid, 61, dikurniakan darjah Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (SSAP) yang membawa gelaran Datuk Seri. 

Sheila antara anak seni yang terus aktif menyanyi. 

Istiadat berlangsung di Balai Mahkota, Istana Abdulaziz, Kuantan, Pahang pada Sabtu. 

Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan berangkat menyempurnakan istiadat berkenaan. 

ARTIKEL BERKAITAN: Razak Ahmad kini bergelar Datuk 

ARTIKEL BERKAITAN: U-Wei terima gelaran Datuk, ‘nafsu’ berkarya tak pernah padam

Turut berangkat Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dan paduka anakanda Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah.

Pada tahun 2008, Sheila dikurniakan Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) dengan membawa gelaran Datuk. 

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain