suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Hilang stres setiap kali berlakon... Raja Azmi suka watak makcik-makcik kampung, teringin karakter komedi

Raja Azmi mahu terus fokus berlakon.

PERNAH berada di belakang tabir sebagai penerbit, pelakon Raja Azmi mengakui semakin selesa berlakon, malah menganggap karier tersebut sebagai terapi membantu dirinya menghilangkan tekanan.

Menurut Raja Azmi, 66, lakonan juga memberikan kepuasan tersendiri kerana membuatkan jiwanya berasa tenang dan gembira.

“Dulu saya takut nak berlakon, jadi saya hanya nak jadi penerbit. Sekarang ini dah hujung-hujung ini baru rasa selesa berlakon.

Raja Azmi kini lebih selesa berlakon.

“Saya seronok berlakon sebab ia memberikan satu ketenangan. Bila berlakon, jiwa saya rasa sangat tenang dan gembira. Jadi hilang stres.

“Dekat set pun saya tak pernah stres. Kalau berlakon, memang stres hilang,” katanya kepada mStar.

Bercerita mengenai watak yang sering ditawarkan, Raja Azmi berkata dia kerap diberikan karakter wanita kaya dan berstatus kerana dianggap bersesuaian dengan penampilannya.

ARTIKEL BERKAITAN:“Saya faham sebab pernah jadi penerbit“ - Raja Azmi ulas isu bayaran rendah pelakon pembantu

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya nak saman mereka!” – Raja Azmi terkilan logo Anak-Anak Sidek digunakan tanpa izin

Namun, berbeza daripada tanggapan ramai, Raja Azmi sebenarnya lebih menggemari watak wanita sederhana seperti makcik kampung selain karakter mencuit hati.

“Saya sebenarnya suka watak makcik-makcik kampung, ahli jawatan kuasa masjid di kampung dan orang yang tak berada, orang yang sederhana.

“Ramai tak tahu, tapi saya suka bawa watak kelakar. Kalau boleh dapat tawaran untuk cerita komedi, memang saya nanti-nantikan.

“Orang masih tak nampak sisi komedi saya. Sebenarnya jiwa saya memang jiwa kelakar,” ujarnya.

Raja Azmi tak pernah stres bila bawa watak berat.

Dalam pada itu, Raja Azmi memberitahu anak keduanya iaitu Puteri Suhaida turut berminat mengikut jejak langkahnya terlibat dalam bidang produksi.

Manakala, anak lelaki bongsu memilih bekerja di Singapura selepas memiliki kelulusan dalam bidang seni bina dan lebih cenderung menceburi bidang reka bentuk.

“Tapi dia tak kerja dengan produksi tempatan. Dari awal dia bekerja dengan produksi luar negara.

“Sebab itu kalau di Malaysia, orang tak kenal dia sangat. Dia memang lebih kepada produksi antarabangsa,” katanya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain