suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

“Saya faham sebab pernah jadi penerbit“ - Raja Azmi ulas isu bayaran rendah pelakon pembantu

Raja Azmi anggap bayaran merupakan urusan sulit antara pelakon dan penerbit.

PELAKON dan penerbit Raja Azmi memahami kekangan yang dihadapi syarikat produksi dalam menentukan kadar bayaran pelakon, namun menurutnya nasib anak seni terutama pembantu tidak boleh terus dipinggirkan.

Menurut Raja Azmi, 66, pengalamannya sebagai penerbit membuatkan dia melihat isu tersebut daripada dua sudut berbeza kerana memahami tekanan kos produksi yang semakin meningkat.

"Saya faham keadaan penerbit sebab saya sendiri pernah jadi penerbit. Kadang-kadang pelakon utama meletakkan kadar bayaran yang tinggi, jadi penerbit terpaksa mengurangkan bayaran pelakon-pelakon pembantu.

Raja Azmi pernah menerbitkan beberapa filem seperti Black Widow, Haru Biru dan Anu Dalam Botol.

"Kalau saya tak pernah jadi penerbit mungkin saya pun akan bising, tetapi bila dah tahu keadaan sebenar, saya faham kenapa perkara itu berlaku," katanya kepada mStar.

Dalam masa sama, Raja Azmi berpendapat kadar bayaran tinggi yang diminta pelakon utama tidak semestinya berpunca daripada artis itu sendiri namun berkemungkinan dipengaruhi oleh ejen atau pengurus.

Tambahnya, stesen televisyen juga berdepan cabaran kewangan apabila pendapatan daripada pengiklanan tidak berkembang, sekali gus menyebabkan mereka tidak mampu meningkatkan bayaran kepada syarikat produksi.

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya nak saman mereka!” – Raja Azmi terkilan logo Anak-Anak Sidek digunakan tanpa izin

ARTIKEL BERKAITAN: “Jangan panggil saya pengarah, cukuplah filem itu pertama dan terakhir!” – Raja Azmi

"Saya tak salahkan pelakon sepenuhnya. Mungkin ejen atau pengurus yang meletakkan harga terlalu tinggi. Pelakon pun belum tentu dapat sebanyak itu," ujarnya.

Bagaimanapun, Raja Azmi menyifatkan golongan paling terkesan ialah pelakon pembantu yang menerima bayaran jauh lebih rendah walaupun memainkan peranan penting dalam sesebuah naskhah.

"Semua watak penting dalam drama. Kalau asyik tunjuk pelakon utama berdua saja, penonton pun boleh bosan. Watak-watak sampingan dan sub-plot juga menghidupkan jalan cerita.

Cuma kalau terlalu rendah memang rasa tidak adil.

RAJA AZMI

PELAKON/PENERBIT

"Yang paling saya kesian ialah pelakon ekstra. Ada yang dibayar terlalu rendah untuk sehari bekerja," kongsinya.

Mengulas mengenai kadar bayaran semasa, Raja Azmi berkata pelakon pembantu lazimnya menerima sekitar RM1,000 hingga RM1,500 sehari bergantung kepada budi bicara penerbit.

Sementara itu, pelakon bagi watak sampingan kecil pula kebiasaannya dibayar sekitar RM300 hingga RM400 sehari.

Raja Azmi simpati dengan nasib pelakon dibayar rendah.

"Tapi ada juga yang ditawar RM150 atau RM200, memang masih ramai yang menerima bayaran terlalu rendah. Bagi saya, itu tidak adil kepada mereka," luahnya.

Ditanya mengenai bayaran paling rendah pernah diterimanya, Raja Azmi bagaimanapun enggan mendedahkan jumlah tersebut kerana menyifatkan perkara itu sebagai urusan sulit antara pelakon dan penerbit.

"Kalau rasa bayaran itu terlalu rendah, kita tolak dengan cara baik. Tapi kalau rasa memadai, kita terima. Rezeki jangan ditolak, cuma kalau terlalu rendah memang rasa tidak adil," katanya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain