SUDAH menganggap pelakon Norreen Iman seperti seorang kakak, personaliti media sosial Imranul Effendy memilih untuk tidak mengulas mengenai perubahan imej aktres berkenaan yang kini dikatakan sudah tidak lagi berhijab.Meskipun mereka mempunyai hubungan rapat, namun Imranul, 27, berkata dia sentiasa menghormati apa jua tindakan dan keputusan dibuat oleh Norreen. "Untuk kupas isu ini, saya rasa tidak berhak sebab ini soal peribadi dan saya hormati apa sahaja keputusan dia.Imranul pilih untuk tidak mengulas panjang tentang imej terbaharu Norreen. "Apa yang dia buat pasti terbaik untuk dirinya. Saya hanya mahu doakan yang terbaik untuk dia dan keluarga."Cuma saya nak katakan, Norreen seorang kakak yang baik. Dia individu yang membantu perjalanan saya masuk dalam industri," katanya kepada mStar.Imranul ditemui ketika majlis pelancaran drama vertikal terbaharu lakonannya berjudul BRU: Masin & Manis yang berlangsung di Kuala Lumpur pada malam Isnin.ARTIKEL BERKAITAN: Gambar Norreen Iman ‘tanggal‘ tudung bikin netizen keliru ARTIKEL BERKAITAN: Tiada lagi gaya rambut ‘granger’, Imranul Effendy warnakan hitam semulaBercakap lanjut, pelakon ini juga memberitahu Norreen ada menghubunginya, namun tidak mahu mendedahkan perbualan mereka.Malah dia menyedari timbul pelbagai komen terhadap Norreen selepas tular gambar dengan imej terbaharu itu."Dia ada kongsi dengan saya... biarlah antara kami sahaja. Saya tak mahu sentuh isu sensitif. Saya juga bukanlah sesiapa untuk beri komen.Perubahan imej Norreen menjadi bualan ramai. "Saya kenal kakak saya dan tidak terkesan pun dengan kata-kata orang ramai. Biarlah apa orang nak cakap, mereka tak kenal. Mulut orang kita tak boleh tutup," ujarnya.Sebelum ini, nama Norreen menjadi bualan ramai selepas dia berkongsi gambar dengan penampilan terbaharu tanpa berhijab.Tindakan Norreen itu mendapat pelbagai reaksi termasuk luahan rasa kecewa daripada peminat yang terkejut melihat dia tidak lagi bertudung.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!