suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ibu bongkar rahsia Daiyan Trisha... Pilihan anak kelakar, tak cari lelaki kaya

Daiyan (kiri) tidak memilih soal mencari pasangan.

IBU kepada pelakon dan penyanyi Daiyan Trisha iaitu Dr Samsiah Mohd Nor, menegaskan bahawa anaknya tidak meletakkan faktor kekayaan sebagai ukuran utama dalam memilih pasangan hidup.

Menurut Samsiah, 61, perkara paling penting bagi Daiyan adalah mencari seseorang yang mampu memahami dirinya serta mempunyai keserasian dalam menjalani kehidupan bersama.

"Carilah yang senada. Kalau dia (Daiyan) lari, lelaki itu boleh kejar. Bukan daripada aspek materialistik, tidak. 

Samsiah (kanan) tidak pernah mendesak Daiyan dalam mencari jodoh.

"Daiyan bukan begitu. Dia memang jenis tak kisah sebab kadang pilihannya memang kelakar. 

"Kalau tahu ambil hatinya, mudah saja. Lagi pun soal jodoh dia, saya tak berapa nak ambil tahu sangat, saya hanya doa yang terbaik," katanya kepada mStar.

Samsiah berkongsi perkara itu ketika ditemui semasa sesi temu bual bersama pelakon drama Anom Suraya yang diadakan di Balai Berita Media Prima, Bangsar, Kuala Lumpur pada Isnin. 

ARTIKEL BERKAITAN: Daiyan Trisha tak terdesak cari jodoh, masih tenang tiada yang menekan-nekan!

ARTIKEL BERKAITAN: Daiyan Trisha mahu hidup tenang, tak teragak-agak ‘block’ individu toksik... “Biar mereka main jauh-jauh”

Dalam pada itu, Samsiah menyifatkan anak perempuannya itu sebagai seorang yang mudah didekati dan tidak terlalu memilih dalam soal pasangan berbanding adik-beradiknya yang lain.

"Dia (Daiyan) sebenarnya sangat mudah didekati dan paling tidak memilih antara lima beradik. 

"Sampai kami (keluarga) pernah gelakkan pilihan dia, bukan menghina tapi tak sangka pilihannya begitu. 

"Saya cakap tak mengapalah, terpulanglah nanti dia tahulah mana yang kurang (sikap calon). Umpamanya dia laju sangat, dia pilih orang yang perlahan. Nanti lelaki itu tak terkejar pula," ujarnya. 

Samsiah bagaimanapun berkata dia tidak pernah mendesak Daiyan untuk berkahwin, namun pada masa sama tidak menghalang sekiranya anaknya sudah bersedia untuk melangkah ke fasa tersebut.

Daiyan memiliki personaliti yang mudah didekati.

"Saya tidak mendesak, tidak mengalakkan namun tidak pula melarang (berkahwin). 

"Saya seorang individu yang sangat yakin dengan apa yang telah ditentukan oleh Allah. Bila saya yakin jadi saya tidak pernah mendesak kerana semuanya Allah yang tentukan. 

"Dia pernah membawa calon berjumpa dengan keluarga cuma saya tidak mahu menaruh harapan. Kalau jadi (kahwin), jadilah. Tak jadi, tak mengapa," katanya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain