PELAKON Abby Abadi berang apabila seorang individu yang didakwa rakan baik kepada Memey Suhaiza menjaja kisah keluarganya sehingga mengundang pelbagai tanggapan negatif dalam media sosial.Abby atau Arabiyah Abdul Manan, 48, menyifatkan individu berkenaan tidak mengetahui perkara sebenar kerana hanya mendengar cerita daripada sebelah pihak. Tegas Abby, dia lantang bersuara bukan atas sebab peribadi, sebaliknya demi menuntut nafkah anak-anak yang didakwa tertunggak selama ini.Abby bersuara demi menuntut hak anak-anaknya bukan sebab peribadi.“Kawan baik Memey sibuk ‘update’ itu dan ini, akhirnya mengumpat juga di belakang. Baguslah tulis begini, senang saya jawab.“Isunya sekarang, saya menuntut nafkah makan, minum dan tempat tinggal anak-anak yang tertunggak. Saya cuma mahukan keadilan kerana anak-anak sudah besar dan keperluan mereka semakin banyak.“Kalau saya tidak bersuara, memang berkira sungguh dengan anak-anak. Cerita tentang bersalin dan beranak saya bangkitkan kerana mahu orang tahu dia memang berlaku zalim sejak dahulu lagi,” katanya.Abby berkongsi perkara itu sebagai mengulas kenyataan seorang pengguna Threads yang turut dimuat naik semula menerusi Instagram miliknya.ARTIKEL BERKAITAN: “Bila saya maki?” - Abby Abadi tegur salah faham netizenARTIKEL BERKAITAN: 22 tahun sabar menanti, Abby Abadi akhirnya terima mas kahwin tertangguh daripada Norman HakimMenurut Abby, individu berkenaan hanya berkongsi kebaikan dilakukan Memey, namun tidak mendedahkan perkara lain yang didakwa berlaku melibatkan anak-anaknya.“Banyak lagi cerita belum habis. Awak cakap Memey baik, selalu belanja makan, pernah datang buat siaran langsung di pejabat, bawa anak-anak menginap di hotel. Itu sahaja?“Kenapa tidak cerita pasal anak saya terpaksa letak beg di luar rumah? Kenapa tidak cerita pasal beg anak dipunggah dan kemudian diburukkan kepada orang lain? Itu semua tak mahu kongsi?” soalnya.Dalam pada itu, Abby turut menafikan dakwaan kononnya dia pernah meminta untuk menyertai umrah menggunakan tiket penerbangan kelas perniagaan.Campur tangan rakan baik Memey mengundang kemarahan kepada Abby.“Saya tertarik bila kata saya hendak ikut umrah naik kelas perniagaan. Bila masa? Saya tak pernah minta. Siapa yang bercerita tu kalau bukan Memey kan. “Awak ingat saya terhegeh-hegeh macam awak? Saya tak hadap pun semua itu. Tolong semak semula WhatsApp, dari mana datang cerita umrah dan kelas perniagaan tersebut.“Mulut siapa yang bawa cerita ini? Kalau berani, datang cakap depan-depan. Awak siapa sebenarnya dan apa tujuan awak campur urusan saya?” luahnya.Malah, pelakon Gerak Khas itu berpendapat Memey memang wajar melayan anak-anaknya dengan baik kerana mereka juga merupakan zuriat Norman.Abby cabar rakan Memey datang bersemuka dengannya.“Kawan terpaling nak membela. Seronoklah sebab selalu dibelanja. Dulu bukan macam itu pun. Belakang-belakang tetap mengumpat juga, jangan ingat tak ada orang sampaikan.“Kalau dia layan baik anak Norman sekali pun, apa masalah awak? Bukan anak saya seorang sahaja. Kalau tak tahu cerita sebenar, lebih baik diam. Datang depan mata kalau berani,” tegasnya.Sebelum ini, kecoh di platform Threads apabila seorang individu yang didakwa rakan kepada Memey memuat naik kenyataan mendakwa Abby sering mahu dilayan secara istimewa dalam pelbagai perkara.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!