suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

“Bila saya maki?” - Abby Abadi tegur salah faham netizen

Luahan Abby di media sosial menimbulkan pelbagai persepsi.

PELAKON Abby Abadi menegaskan perkongsiannya tentang isu rumah tangga sebelum ini tidak pernah menyebut nama mana-mana pihak selain bekas suaminya, iaitu aktor Norman Hakim.

Abby atau Arbaiyah Abdul Manan, 48, turut mempersoalkan tanggapan segelintir pihak yang mendakwa dia melabelkan isteri Norman, iaitu Memey Suhaiza, sebagai wanita 'penyondol'.

"Bila yang aku maki Memey?

Respons Abby di Threads. 

"Setakat ini saya tak pernah guna perkataan penyondol itu pada sesiapa sebab saya memang tetap dengan pendirian. Kalau berlaku keadaan seperti ini, dua-dua salah.

"Tapi rasanya dari awal dulu saya salahkan Norman Hakim. Tak pernah pun sebut nama perempuan-perempuan yang terlibat," katanya.

Abby menulis perkara itu sebagai respons terhadap beberapa hantaran di Threads yang mendakwa dia mengeluarkan kata-kata tidak elok terhadap Memey.

ARTIKEL BERKAITAN: Abby Abadi tepis hubungan dengan Marissa berantakan 

ARTIKEL BERKAITAN: Marissa Dania kesal salah faham isu jemputan Abby Abadi ke majlis hari lahir

Dalam masa sama, pelakon itu juga tampil menjelaskan dia tidak pernah menyokong tindakan anaknya, Marissa Dania, yang sebelum ini berkahwin dengan lelaki berstatus suami orang.

"Saya tak pernah pun menyebelahi Marissa dalam apa yang berlaku sebelum ini. Saya tak menyokong dan berharap ia berakhir," luahnya.

Abby tegaskan pendiriannya tentang perkahwinan Marissa sebelum ini. 

Terdahulu, seorang pengguna media sosial mendakwa Abby bersikap tidak adil kerana menyalahkan Memey sebagai punca perceraiannya dengan Norman.

Individu itu turut beranggapan Abby menyebelahi Marissa apabila timbul isu anaknya itu berkahwin sebagai isteri kedua.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain