PENYANYI dan cef selebriti Datuk Fazley Yaakob menyambut baik teguran yang diberikan oleh pendakwah bebas, PU Syed, berhubung hubungannya dengan usahawan, Datuk Seri Vida.Malah, Fazley, 48, juga sedar PU Syed hanya menjalankan tanggungjawab sebagai pendakwah yang menggesa mereka supaya segera bernikah. "Dia komen macam itu, tanggungjawab dia. Dia bukan menghina. Saya sokong dia beri komen, saya tidak terasa hati.PU Syed beri saranan Fazley dan Vida segera nikah. "Itu cara dia jalankan tanggungjawab," katanya dalam satu sesi siaran langsung di TikTok.Fazley berkata demikian sebagai respons terhadap pertanyaan pengikut ketika dia mengadakan sesi siaran langsung bersama Vida.Bercakap tentang perkahwinan, penyanyi itu memberitahu perkara tersebut perlu diteliti dan tidak boleh dilakukan secara tergesa-gesa.ARTIKEL BERKAITAN: PU Syed saran Vida, Fazley segera nikah ARTIKEL BERKAITAN: Fazley Yaakob mengaku Vida ada ciri-ciri isteri sempurna... Rupanya kerja anak cuba ‘kenen-kenenkan’Ini kerana hubungan antara mereka melibatkan pelbagai pihak, termasuk anak-anak hasil perkahwinan terdahulu."Kahwin ini tak boleh dirancang dan terus jadi. Banyak perkara perlu diatur, melibatkan keluarga dan anak-anak kedua-dua belah pihak."Apa yang akan berlaku antara kami berdua dalam waktu terdekat pun kami sendiri tidak tahu," jelasnya.Hubungan rapat Fazley dan Vida menjadi perhatian ramai. Sebelum ini, PU Syed tampil memberi teguran secara terbuka terhadap Fazley dan Vida susulan keintiman mereka yang sering dilihat meluangkan masa bersama.PU Syed berpendapat mereka perlu segera bernikah jika benar-benar sedang menjalinkan hubungan cinta.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!