TERBUKA mengakui sedang berkawan dengan usahawan sensasi Datuk Seri Vida, penyanyi dan cef selebriti Datuk Fazley Yaakob berkata dia mengagumi sikap peribadi ditunjukkan oleh ibu tunggal itu.Kata Fazley, 47, Vida merupakan seorang wanita yang hebat dan memiliki kriteria sebagai calon isteri yang sempurna. "Buat masa sekarang saya hanya boleh menafikan (hubungan istimewa), kami berkawan... dia memang menepati ciri-ciri seorang isteri yang sempurna."Saya mengagumi cara dia menjaga dan melayan anak-anaknya iaitu Cik B serta Kacak, hubungan mereka penuh dengan kasih sayang. Fazley berkongsi perkara itu ketika ditemui media. "Saya juga kagum kelebihan Vida kalau bab agama dan bisnes, 'tip top'. Dia memang menepati ciri-ciri seorang isteri yang sempurna untuk sesiapa saja,” katanya kepada mStar.Fazley berkongsi perkara itu Ketika ditemui semasa program realiti Talk To My Manager 2 di Auditorium MBSA, Shah Alam, Selangor pada Ahad. Mengulas lanjut, Fazley memberitahu dakwaan mereka sedang bercinta berkemungkinan berpunca daripada gurauan anak sulungnya iaitu Fariedz Fazley bersama Cik B yang sengaja mahu menyatukan mereka berdua."Apa pun, kami hanya berkawan sahaja sama seperti hubungan dengan pengurus lain dalam TTMM2. ARTIKEL BERKAITAN: Mesra anak Vida layan Fazley Yaakob, seluar ketat jadi bualan - “Salah saiz ke?” ARTIKEL BERKAITAN: Sambut Aidiladha bersama, Fazley Yaakob dan Vida pakai baju sedondon... Tak rancang tapi ramai ‘restu’"Mengenai kenyataan Cik B sebelum ini, dia beritahu saya semua itu sudah dirancang bersama Fariedz. Mungkin sebab Cik B sudah rasa selesa dengan saya dan begitu juga Fariedz dengan Vida."Namun, saya tidak menolak sesiapa juga menjadi jodoh saya. Kalau dia kulit gelap, tidak putih, anak-anak terima dan pembersih, memang saya okey saja," jelasnya.Dalam masa sama, Fazley menjelaskan hubungannya dengan semua pengurus program berkenaan termasuk beberapa selebriti yang berstatus ibu tunggal seperti Datuk A. Aida, Adira dan Linda Jasmine terjalin dengan sangat baik.Ramai merestui sekiranya Fazley dan Vida disatukan. "Saya berkawan dengan semua mak-mak di TTMM2 cuma apa yang lucu apabila anak-anak cakap ramai ibu ‘single’, tetapi bapa yang 'single' hanya saya sahaja. "Tapi jujur, saya masih single dan beberapa orang mak-mak dalam TTMM2 juga masih solo. Saya tidak menyatakan bahawa bersedia mencari jodoh atau sebaliknya sebab semua itu rahsia Tuhan," ujarnya. Sebelum ini, spekulasi cinta antara Fazley dan Vida mula diperkatakan netizen selepas beberapa video yang memaparkan keakraban mereka sepanjang menyertai TTMM2.Malah Cik B sebelum ini turut memberikan restu jika ibunya benar-benar bercinta dengan Fazley kerana yakin lelaki itu mampu menjadi bapa yang terbaik buat mereka.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!