TIDAK tahan melihat anak sulungnya terus menjadi mangsa buli siber, penyampai radio dan pelakon Azad Jasmin menitipkan pesanan kepada netizen bahawa setiap kecaman serta makian yang dilemparkan itu pasti akan menerima balasan.Azad atau mesra dipanggil Pak Azad, 50, mengingatkan mereka agar lebih berhati-hati dalam memberikan komen kerana setiap kata-kata atau fitnah yang ditulis diibaratkan seperti pantulan yang akan berbalik kepada diri sendiri. “Kadang ayat yang ditulis memberi contoh buruk kepada budak usia 13 tahun. Berhati-hatilah sebelum bercakap. Kita tidak tahu, mungkin benda yang sama akan terjadi pada keluarga kalian satu hari nanti.Pak Azad dan Eira berkongsi perkara itu ketika ditemui media. “Kepada mereka yang suka maki hamun dalam media sosial ini, ingat pesanan saya, kun fayakun... ia akan kembali semula kepada anda suatu hari nanti."Dia macam cerminlah. Kalau awak mendoakan yang baik pada saya, dia satu pantulan pada awak. Awak akan dapat balik doa yang baik itu."Tapi kalau awak memburukkan saya, mendoakan, memfitnah saya menggunakan cermin yang sama yang dipanggil kun fayakun. Cermin itulah yang ada karma. Masa itu nanti, kalian mungkin akan mimpi muka saya. Insya-Allah,” katanya kepada mStar.ARTIKEL BERKAITAN: Netizen komen Amarra Sofea patut tersingkir, Eira Syazira pertahan anak… Beri ruang untuk belajarARTIKEL BERKAITAN: Eira Syazira ambil berkat doa Hari Arafah, mohon kecaman terhadap anak diganti kejayaan luar biasaPak Azad meluahkan rasa kesal tersebut selepas anak sulungnya iaitu Amarra Sophie Rose, 13, menjadi mangsa buli siber segelintir netizen yang menganggap remaja itu tidak layak untuk kekal bersaing sehingga ke minggu seterusnya dalam program realiti Talk To My Manager 2.Dalam masa sama, Pak Azad mendedahkan terdapat individu yang tergamak menurunkan komen menghina keluarganya secara kasar selain mempertikaikan bakat nyanyian anaknya.“Ada satu komen itu saya tengok, saya balas balik. Dia tulis ‘anak pun bangang, bapa pun bangang’. Itu bukan lagi tahap memberi nasihat, itu sudah melampau.Pak Azad terima kritikan yang membina dan membantu anaknya. “Ada juga yang tuduh saya guna ‘kabel’ dan suruh anak saya menyanyi lagu balada. Saya ini bapa dan pengurus dia, saya lebih tahu apa kelebihan dan kekurangan dia. Saya tidak akan sekali-kali dengar cakap netizen yang paksa dia nyanyi balada atau rock,” ujarnya. Sebagai bapa, Azad mengakui hatinya sangat terguris membaca komen keterlaluan yang dilemparkan kepada anaknya itu. “Sebagai ayah yang melihat sendiri isteri potong perut berkali-kali, saya menangis tengok cara dia beranak. Takkanlah orang kecam anak saya, saya tidak terasa?“Tetapi bagi saya, kecaman ini sebenarnya menguatkan kami setiap hari. Ia tidak akan menggoyangkan saya dan isteri kerana sudah dilatih oleh arwah bapa untuk berdepan dengan pelbagai cabaran,” tambahnya.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!