suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ozlynn tak mahu jual baju-baju lama, takut jadi saham akhirat... Muhasabah diri tengok koleksi beg tangan

Ozlynn akui hidup bersederhana lebih tenang.

GEMAR mengumpul beg tangan berjenama mewah suatu ketika dahulu, pelakon Ozlynn berkata dia kini mula bermuhasabah diri apabila melihat semula koleksi aksesori berkenaan.

Menurut Ozlynn, 45, dia mengumpul pelbagai koleksi beg itu kerana minat, namun kini dia mula memikirkan soal pertanggungjawabannya di hadapan Allah kelak apabila melihat semula barangan tersebut.

"Saya beli dulu sebab memang suka. Saya pilih warna yang mahal yang susah nak dapat dan memang terhad. Tapi saya beli itu bukan untuk tontonan umum pun.

Hantaran Ozlynn di Threads miliknya. 

"Hanya ada beberapa kawan sahaja yang tahu saya ini memang ada koleksi beg dan kadang-kadang mereka nak pakai pergi majlis pun saya bagi pinjam. 

"Tapi sekarang ini, bila tengok sahaja koleksi beg itu semula, apa yang saya nak jawab dengan Allah nanti," tulisnya di aplikasi Threads pada Isnin. 

Ozlynn berkata demikian bagi membalas pertanyaan seorang netizen yang mempersoalkan tindakan segelintir individu sanggup membelanjakan wang yang banyak untuk membeli beg tangan mahal.

ARTIKEL BERKAITAN: Ozlynn tak selesa cerita bantuan diberi kepada Azar Azmi, jaga harga diri dan maruah sahabat

ARTIKEL BERKAITAN: Ozlynn jaga batas pergaulan anak, teman rapat Ariq peluk Islam atas kehendak sendiri

Tambah Ozlynn, kesedaran itu juga membuatkan dia mengambil keputusan untuk tidak menjual semula pakaian-pakaian yang berpotensi memperlihatkan bentuk tubuh.

Jelas isteri kepada Johan itu, dia lebih takut sekiranya barangan tersebut menjadi punca dosa buat dirinya di akhirat nanti biarpun terpaksa menanggung kerugian kerana lambakan baju berkenaan.

"Baju mahal yang labuh tapi ikut bentuk tubuh pun saya tidak akan jual balik. Biarlah rugi di dunia. Sebab takut orang beli pakai saham saya dekat akhirat nanti macam mana?

"Beg mungkin ada yang nak jual sebab saya lebih suka kehidupan yang simple sekarang ini. Tenang,” ujarnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain