suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tak tegur orang, Zizie Ezette bukan sombong... Rabun tapi degil tidak mahu pakai cermin mata

Zizie selesa tak pakai cermin mata ditempat awam.

MASALAH penglihatan yang dialami pelakon Datin Seri Zizie Ezette menyebabkan dia sukar mengecam wajah individu yang ditemuinya di tempat awam.

Menurut Zizie atau Zizie Ezette Abdul Samad, 47, keadaan itu sering menimbulkan salah faham apabila ada yang menganggap dia bersikap sombong kerana tidak menegur atau menyapa mereka.

"Kalau nampak saya di tempat awam dan saya tak menegur, jangan terus anggap saya sombong. Sejujurnya, penglihatan saya sangat teruk dan saya pula degil tak mahu pakai cermin mata," katanya menerusi satu hantaran di Instastory.

Zizie tidak mahu dicop sebagai sombong.

Dalam pada itu, Zizie turut berkongsi pengalaman memalukan apabila dia tersilap memanggil individu lain yang disangka rakannya.

"Saya dah terlalu banyak kali memalukan diri sendiri dengan melambai penuh semangat kepada orang yang tidak dikenali kerana menyangka mereka ialah kawan saya.

"Jadi sekarang saya dah belajar daripada pengalaman itu," ujarnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Sempat luah isi hati sebelum suami meninggal dunia, Zizie Ezette dedah kebaikan arwah Bung Moktar… Keluarga bergegas ke Kota Kinabalu

ARTIKEL BERKAITAN: “Semoga tabah, Allah mengetahui segalanya” - Peminat beri kata-kata semangat kepada Zizie

Disebabkan kejadian tersebut, Zizie kini lebih selesa menunggu orang lain menegurnya terlebih dahulu bagi mengelakkan situasi sama berulang.

"Kalau kita bertemu dalam satu bilik yang sama, saya biasanya akan tunggu awak yang menegur saya dahulu.

"Bukan sebab saya berlagak atau sombong, tetapi kerana ada 50 peratus kemungkinan saya langsung tak tahu siapa yang sedang saya pandang," luahnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain