SEDAR kerjaya seninya sedikit perlahan, penyanyi Awi Rafael tidak pernah menyesal mengambil keputusan pulang ke Singapura bagi menjaga arwah ibunya yang sebelum ini berdepan masalah kesihatan.Kata Awi atau Muhammad Nabawi Erwan Gunawan Rafael, 40, tempoh tersebut menjadi satu pengalaman yang cukup bermakna, di samping dia sendiri berpeluang meneruskan impiannya untuk membuka sekolah muzik di negara asalnya. "Sebelum itu Allah dah beri saya 12 tahun nikmat merasa naik turun dalam dunia seni. Saya amat bersyukur dan bertuah kerana lima tahun dapat menjaga ibu sebelum dia meninggal dunia pada Ogos tahun lalu.Selain menyanyi Awi juga terlibat dalam perniagaan menguruskan sekolah muzik. "Saya tidak pernah rasa menyesal, malah bersyukur membuat keputusan untuk balik ke Singapura. Sebelum itu saya tidak dapat meluangkan banyak masa bersama ibu."Arwah ibu pun pernah tanya kenapa saya balik kerana dia takut saya hilang momentum. Bagi saya, momentum itu Allah yang akan beri," katanya ketika dihubungi mStar.Awi kini rancak membuat perancangan untuk kembali aktif menyanyi selain bakal tampil dengan album baharu yang turut memuatkan dua lagu popularnya iaitu Pulanglah dan Bila Aku Jatuh Cinta dalam versi berbeza.ARTIKEL BERKAITAN: Awi Rafael bakal nikah gadis Kelantan tahun depan ARTIKEL BERKAITAN: Tampil lagu kerohanian dalam versi muzik moden, Awi Rafael beri nafas baharu ‘Hanya Tuhan Yang Tahu’Biarpun akur dengan persaingan penyanyi baharu dalam industri muzik semasa, Awi tidak pernah melihat perkara itu sebagai satu halangan untuk terus berkongsi karya dengan peminat."Sekarang, dari perspektif sebagai penerbit, saya datang bukan untuk berlawan. Kita sama-sama membina industri muzik. Saya seronok dapat berkongsi karya sendiri termasuk bekerjasama dengan penyanyi baru."Dua lagu lama saya diberikan nafas baru selepas melihat data penstriman. Masih ada yang mendengar lagu-lagu saya sebelum ini," jelasnya.Suasana sekolah muzik yang ditubuhkan Awi. Bercakap mengenai sekolah muzik yang diusahakannya, Timbre Music Academy juga menjadi tempat Awi berkongsi ilmu selain membuktikan dia tidak pernah meninggalkan minat terhadap bidang seni.Bahkan, sebagai pengetua dan pemilik, penyanyi itu juga aktif menghasilkan kandungan di media sosial bagi memberi pendidikan secara santai."Syukur, pengurusan sekolah muzik sekarang semakin stabil. Sebab itu juga saya boleh tinggalkan seketika untuk kembali aktif menyanyi," jelasnya.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!