suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Daiyan Trisha mahu hidup tenang, tak teragak-agak ‘block’ individu toksik... “Biar mereka main jauh-jauh”

Daiyan terpaksa menyekat individu toksik di media sosial.

PELAKON dan penyanyi Daiyan Trisha memilih untuk mengehadkan akses segelintir individu termasuklah menyekat mereka di media sosial demi ketenangan diri. 

Kata Daiyan atau Daiyan Trisha Mohd Nasaruddin, 33, tindakan itu diambil selepas menyedari tidak semua orang di sekelilingnya hadir dengan niat yang baik atau memberikan sokongan secara ikhlas.

"Daripada dulu memang saya buat hal sendiri. Tak kacau orang, duduk di rumah main dengan kucing, menulis lagu, pergi berlakon. 

Perkongsian Daiyan sebelum ini menarik perhatian ramai.

Perkongsian Daiyan sebelum ini menarik perhatian ramai.

"Saya selesa hidup macam ini. Kalau mereka hanya ada hanya nak tengok-tengok hidup saya tapi tak mahu memberi sokongan, di belakang mengutuk pula, saya sudah tidak mahu memberi ruang untuk masuk dalam hidup saya. 

"Apabila kita makin matang, kita tahu dengan siapa sebenarnya kita perlu jauhkan diri kita. Saya rasa pilihan ini untuk ketenangan diri," katanya kepada mStar

Daiyan berkongsi perkara itu ketika ditemui semasa sesi temu bual bersama pelakon drama Anom Suraya yang diadakan di Balai Berita Media Prima, Bangsar, Kuala Lumpur pada Isnin. 

ARTIKEL BERKAITAN: Masih segar dalam ingatan, Daiyan Trisha terima kata-kata paling menyakitkan... Dianggap sebagai beban

ARTIKEL BERKAITAN: Malas layan khabar angin, Daiyan Trisha enggan bazir tenaga

Dalam pada itu, Daiyan mengakui kini lebih berhati-hati memilih individu yang berada dalam kehidupannya dan enggan membuang masa melayan sikap negatif segelintir pihak.

"Bila ada orang-orang seperti ini disekeliling kita, ia sangat memberi aura negatif. Kita tahu dia tak suka kita walaupun tiada sebab, jadi saya kalau boleh tak mahu lagi lihat apa saja berkaitan dengan mereka. 

"Bila dah berusia ni dah malas nak layan dengan orang bersikap negatif ini. Jadi biar mereka 'main jauh-jauh' jangan dekat dengan saya," ujarnya. 

Tambah Daiyan, sebelum ini dia memilih untuk mengabaikan perkara tersebut, namun kini mengambil langkah lebih tegas dengan menyekat individu tertentu daripada mengikuti perkembangan dirinya di media sosial.

Daiyan tidak pernah mencampuri urusan orang lain.

Daiyan tidak pernah mencampuri urusan orang lain.

"Sebelum ini memang saya biarkan saja, mungkin dia tengah rasa insecure ke apa, sekarang ini memang saya tak bagi mereka tahu apa-apa tentang saya (sekat media sosial). 

"Saya memang sentiasa ikut gerak hati. Saya boleh rasa tak best. Mana yang saya boleh usaha untuk menjauhkan diri daripada perkara negatif itu saya akan buat. 

"Tindakan ini yang akan membantu saya menjauhkan diri, tak fikirkan tentang orang lain. Sebenarnya sedih saja kenapa jadi macam ni," katanya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain