suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

“Saya jumpa dia, tarik tepi”... Zahiril Adzim cepat lembut hati, tak layan perangai diva di set penggambaran

Zahiril tidak akan melayan sikap segelintir artis yang berperangai 'diva' di set penggambaran.

PELAKON Zahiril Adzim lebih selesa menyelesaikan sebarang salah faham secara bersemuka berbanding membiarkan ia berlarutan sehingga menjadi bualan.

Zahiril atau Muhammad Zahiril Adzim Mohd Mokhtar, 42, berkata sekiranya berdepan masalah dengan mana-mana individu termasuk rakan pelakon atau kru produksi, dia memilih untuk duduk berbincang secara baik bagi mendapatkan jalan penyelesaian.

"Kalau ada masalah dengan seseorang, saya akan jumpa dia dan tarik ke tepi untuk berbincang. Semua orang yang bercakap belakang, saya akan jumpa. 

Zahiril berharap netizen tidak mudah percaya dengan perkongsian di media sosial.

"Tak kisah pengarah, penolong pengarah atau sesiapa sahaja. Saya akan tarik ke tepi dan cakap apa yang saya dengar.

"Bila bersemuka, hati kita cepat sejuk. Sekurang-kurangnya marah macam mana sekalipun, kalau orang itu datang minta maaf, saya cepat lembut hati," katanya kepada mStar. 

Zahiril berkongsi perkara itu ketika ditemui di acara Blossom Rally Pickleball 2026 yang diadakan di Tomaz Pickleball Club, Subang Jaya, Selangor pada Ahad. 

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya tak kecilkan hidung” – Zahiril Adzim perjelas rawatan, cuma elak makin kembang 

ARTIKEL BERKAITAN: Isteri tak halang Zahiril Adzim berlakon bersama aktres kontroversi... Teringin digandingkan semula dengan Zamarul Hisham

Mengulas budaya meluahkan rasa tidak puas hati di media sosial, Zahiril berpendapat isu bersifat peribadi seharusnya diselesaikan secara matang tanpa perlu dibawa ke platform awam.

"Apa-apa perkara yang bersifat peribadi, pada saya tak wajar dibawa ke media sosial. Kita semua sudah dewasa dan sepatutnya boleh bersemuka.

"Melainkan kita sudah bincang secara baik pun tidak ada berhasil, mungkin media sosial menjadi satu-satunya cara untuk menyedarkan orang itu,” katanya.

Sementara itu, Zahiril turut mengingatkan netizen agar tidak mudah mempercayai setiap dakwaan yang tular di media sosial kerana setiap isu mempunyai pelbagai sudut pandang.

"Memang apabila sesuatu perkara dibawa ke media sosial akan ada satu pihak yang terjejas. Tapi apa pun, kita tak boleh terus percaya apa sahaja yang kita baca di media sosial.

Zahiril memilih untuk duduk berbincang secara baik sekiranya berlaku salah faham.

"Mungkin yang menuduh itu pun belum tentu betul. Mungkin dia menjadi punca sehingga orang lain bertindak balas, tetapi apabila dimuat naik di media sosial, nampak seolah-olah dia yang betul dan orang lain yang salah.

"Nasihat saya mudah. Baca boleh, tapi jangan terus percaya. Itu cuma andaian dan daripada sudut pandang serta emosi dia sahaja. Kita perlu dengar penjelasan daripada pihak satu lagi," katanya.

Sebelum ini, seorang pelakon lelaki mencetuskan perhatian apabila berkongsi dakwaan mengenai sikap diva segelintir rakan pelakon di set penggambaran.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain