suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

[V] Marsha Milan hilang suara, dah jumpa tiga pakar... Satu team AJL40 jatuh sakit!

MENGHITUNG hari sebelum saingan di pentas Anugerah Juara Lagu ke-40 (AJL40), penyanyi Marsha Milan berdepan dugaan apabila kehilangan suara sejak 15 Julai lalu.

Bukan sahaja dirinya berdepan masalah kesihatan, Marsha atau nama sebenarnya Marsha Milan Londoh, 40, turut mendedahkan hampir keseluruhan pasukannya yang terlibat dalam AJL40 jatuh sakit sehingga membuatkan persediaan mereka terbantut.

"Saya sebenarnya agak ralat sebab hampir semua team saya dalam AJL kecundanglah, kiranya sakit.

Marsha harapa perjalanan menjelang AJL40 berjalan lancar. 

"Ada seorang di hospital, seorang masih dalam proses penyembuhan dan semua mengalami perkara yang sama.

"Jadi insya-Allah dengan doa semua, mereka akan cepat sembuh juga sebab persiapan itu terbantut lebih kurang dua minggu. Harap-harap sempatlah untuk mereka cergas semula bagi meneruskan persiapan," katanya kepada mStar.

Marsha berkongsi perkara itu ketika ditemui di Meet & Greet AJL40 yang berlangsung di Pasar Seni, Kuala Lumpur pada petang Sabtu. 

ARTIKEL BERKAITAN: Marsha Milan waspada menjelang AJL40, trauma hilang suara 

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Terpaksa ambil steroid untuk sembuh, Marsha Milan hidap masalah paru-paru lemah

Ditanya sama ada masalah kesihatan yang dialaminya mempunyai kaitan dengan gangguan misteri, Marsha menafikan perkara tersebut.

Sebaliknya, penyanyi itu percaya masalah kesihatan itu berpunca daripada wabak yang sedang menular sejak kebelakangan ini.

"Saya tak terfikir pun ke arah itulah. Tapi apa yang saya tahu, saya tak percaya dengan benda-benda macam ini.

Tapi buat masa sekarang ini, saya fokus kepada penyembuhan

MARSHA MILAN

PENYANYI

"Saya kalau boleh nak hindari benda-benda yang boleh merosakkan minda saya.

"Tapi apa yang pasti, memang sekarang wabak tengah tularkan? Influenza, virus dan sebagainya. Saya pasti itu adalah puncanya," ujarnya.

Selain kehilangan suara, Marsha berkata dia turut mengalami beberapa simptom lain termasuk cirit-birit, muntah, migrain, demam, selesema dan batuk.

Marsha masih dalam proses penyembuhan menjelang AJL40. 

Bagaimanapun, pelantun lagu Tangsian Seorang Pendosa itu bersyukur masalah kesihatan berkenaan berlaku lebih awal dan bukan ketika hari pertandingan.

"Tapi apa yang saya belajar daripada proses saya sedang sakit ini, walaupun kita dah berdoa nak minta sihat, nak minta dipermudahkan segala urusan, saya belajar untuk tawakal dan reda.

"Walaupun saya sebenarnya dah berjumpa dengan tiga pakar. Insya-Allah ada jalan cerahnya.

"Tapi buat masa sekarang ini, saya fokus kepada penyembuhan," katanya.

AJL40 bakal berlangsung di Unifi Arena Bukit Jalil pada 15 Ogos depan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain