suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Azza Elite jerkah lelaki ‘pervert‘, intai ruangan solat wanita sambil buat perkara tak senonoh

Azza turut memuat naik video memaparka kejadian dirinya diintai.

PENYANYI dan pelakon Azza Elite berdepan detik mencemaskan apabila mendakwa telah diintai seorang lelaki ketika berada di sebuah surau berdekatan lokasi perniagaannya pada Sabtu.

Azza atau nama sebenarnya Nik Azzarima Zawari, 49, berkata dia hanya menyedari kejadian itu selepas dimaklumkan oleh seorang gadis yang turut berada di surau berkenaan.

"Ya, kejadian itu berlaku pada saya hari ini. Saya tak perasan pada awalnya sebab sedang bersolek. Ada anak dara yang beritahu saya.

Video rakaman yang dikongsikan Azza di Threads.

"Saya terus berdehem. Bila pelaku itu dengar, dia terus lari. Pelaku terlepas macam itu saja, saya tak sempat buat laporan polis atau apa-apa kerana berniaga," katanya kepada mStar.

Menurut Azza, lelaki terbabit turut dipercayai cuba melakukan perbuatan tidak senonoh dengan memegang kemaluannya ketika mengintai ruangan solat wanita.

"Dia pegang tapi tak sempat keluarkanlah. 'Bird' (kemaluan) itu tak sempat nak keluarkan sebab saya dah berdehem.

ARTIKEL BERKAITAN: Bukan mahu malukan bekas staf, Azza Elite kongsi video lama sebagai pengajaran... Elak jadi mangsa ‘scammer’

ARTIKEL BERKAITAN: Kek percuma untuk OKU, Azza Elite tak kedekut kongsi rezeki - “Kalau saya di booth jangan bayar”

"Itu yang nampak. Yang kita tak nampak, kalau dia boleh buat benda yang lebih terkutuk lagi," ujarnya.

Berkongsi perasaan selepas insiden itu, Azza mengakui masih trauma sehingga berasa takut untuk pergi ke tandas seorang diri.

"Memang saya takut tadi. Tapi saya bersyukur sebab datang dengan suami dan pasukan, jadi tak ada masalah untuk bergerak ke mana-mana sebab ada orang lelaki bersama.

Nasib baik masa itu kami ramai sebab nak solat.

AZZA ELITE

PENYANYI/PELAKON

"Tetapi untuk wanita-wanita yang datang seorang diri, berhati-hatilah. Golongan 'pervert' ini ada di mana-mana," ujarnya.

Dalam pada itu, Azza memberitahu dia bertindak berkongsi rakaman kejadian tersebut di media sosial sebagai peringatan kepada orang ramai agar tidak ambil mudah soal keselamatan walaupun berada di tempat yang dianggap selamat seperti surau.

Azza harap perkongsian jadi pengajaran.

"Nasib baik masa itu kami ramai sebab nak solat. Dia berada di barisan belakang. Sebab itulah orang lelaki tak perasan apa yang dia buat," kongsinya.

Sebelum ini, Azza berkongis rakaman video dan luahan mengenai kejadian tersebut di platform Threads miliknya.

Dalam rakam tersebut memaparkan seorang lelaki berbaring sambil memegang kemaluannya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain