suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bukan mahu malukan bekas staf, Azza Elite kongsi video lama sebagai pengajaran... Elak jadi mangsa ‘scammer’

Azza kongsi semula momen dirinya menangkap bekas pekerja.

PERNAH menjadi mangsa penipuan bekas pekerja, pelakon dan penyanyi Azza Elite tampil berkongsi semula pengalaman tersebut sebagai peringatan kepada rakan usahawan agar lebih berhati-hati dalam menguruskan perniagaan.

Azza atau nama sebenarnya Nir Azzarima Zawari, 49, berkata perkongsiannya dibuat susulan isu penipuan yang sedang hangat diperkatakan melibatkan pembayaran cukai beberapa usahawan ketika ini.

"Itu kes tahun lepas. Individu terbabit juga sudah ditahan dan kini telah dibebaskan.

Azza mahu kisahnya dijadikan pengajaran orang ramai.

"Saya kongsi semula sebagai kesedaran kepada orang ramai kerana saya sendiri pernah melalui pengalaman tersebut.

"Saya tak mahu orang lain melakukan kesilapan yang sama, terutama terlalu mempercayai staf," katanya ketika dihubungi mStar.

Menurut Azza, dia turut mengambil beberapa langkah bagi mendapatkan bukti terhadap bekas pekerjanya, namun usaha tersebut tidak banyak membantu kerana tidak boleh digunakan dalam prosiding mahkamah.

ARTIKEL BERKAITAN: Azza Elite tolak undangan rumah terbuka, risau anak autisme buat hal… Teringat insiden melukakan hati

ARTIKEL BERKAITAN: Bekas pekerja lari nampak suami Azza Elite, tergamak tinggalkan isteri di pasar raya elak bersemuka

"Bagi kes saya, ia dianggap sebagai kecuaian sendiri. Walaupun ada bukti, ia tidak boleh digunakan. Saya berjaya menangkapnya pun kerana dia terlibat dalam kes orang lain.

"Saya ada video pengakuan daripadanya, tetapi ia tidak boleh diterima di mahkamah. Saya hormati segala keputusan yang ditetapkan," ujarnya.

Dalam pada itu, Azza menasihatkan orang ramai supaya lebih berwaspada dan tidak melihat perkongsiannya sebagai usaha untuk memalukan mana-mana pihak.

Azza harap bekas perkerjanya insaf dari perbuatan menipu.

Walaupun mengalami kerugian sebanyak RM40,000 akibat kejadian tersebut, Azza berharap bekas pekerjanya itu telah insaf dan tidak mengulangi perbuatan sama pada masa hadapan.

"Semua orang perlu lebih berhati-hati. Saya kongsi bukan untuk memalukan sesiapa. Saya juga tidak berniat memalukan tertuduh kerana perkara itu sudah berlalu dan saya sudah meneruskan kehidupan seperti biasa.

"Saya harap dia juga sudah move on dan melakukan perkara yang baik serta tidak mengulangi kesilapan yang sama," ujarnya.

Sebelum ini, Azza berkongsi semula sebuah video di platform Threads yang memaparkan detik dia berdepan dan menangkap bekas pekerja yang didakwa mencuri wang syarikat miliknya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain