PENGACARA dan penyampai radio, Aishah Sinclair, terpaksa dikejarkan ke hospital selepas mengalami kecederaan pada jari kiri akibat terkena mesin pencincang makanan yang digunakan di rumah.Perkara itu dikongsikan rakannya iaitu pelakon Dynas Mokhtar menerusi sebuah video yang dimuat naik di TikTok. Menurut Dynas, 43, insiden tersebut dipercayai berlaku ketika Aishah menggunakan alat berkenaan yang dibeli menerusi jualan dalam talian.Dynas melawat Aishah di hospital.Malah, Dynas turut menasihati orang ramai supaya lebih berhati-hati ketika membeli dan menggunakan peralatan dapur, terutama yang tidak dilengkapi ciri keselamatan."Pesanan kepada semua yang suka beli barang dari TikTok, terutama pencincang makanan (chopper). Berhati-hatilah ketika menggunakannya."Kalau tidak, boleh jadi macam Aishah. Pencincang itu tiada ciri keselamatan, terbuka dan tertekan sehingga mencederakan tangannya sendiri," katanya.ARTIKEL BERKAITAN: Dynas Mokhtar suka tengok mayat, gigih ‘kaji’ kes forensikARTIKEL BERKAITAN: Aishah Sinclair Tidak Mahu Anak Hidup TerabaiDynas turut memaklumkan kecederaan pada jari rakannya itu agak serius, namun Aishah telah selamat menjalani rawatan.Dalam video berkenaan, Aishah dilihat sedang menerima rawatan di hospital dengan tangan berbalut.Bagaimanapun, dia sempat berseloroh mengenai keadaannya dan memaklumkan kecederaan yang dialami tidak menyebabkan kehilangan jari."Saya masih ada lima jari, cuma tersorok," katanya berseloroh.Perkongsian itu mengundang perhatian ramai yang rata-rata meluahkan rasa bimbang selain menitipkan doa agar Aishah segera sembuh dan kembali sihat seperti sediakala.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!