PELAKON Nabila Huda sudah tidak sabar untuk menghitamkan semula warna rambutnya, walaupun ramai berpendapat penampilan baharu itu kelihatan lebih segar dan muda.Menurut Nabila yang mesra disapa Abil, 41, dia sendiri berasa kurang selesa berambut perang selain sudah mula bosan melihat penampilannya. "Ramai orang suka dengan penampilan ini, tapi saya dah tak suka. Saya dah benci. Bila tengok muka dalam cermin, saya fikir, 'Eh, aku benci tengok rambut aku. Tak sabar nak warna balik rambut hitam.Netizen puji Abil seakan sebaya dengan Hun (kiri) dan Zarif."Saya rasa pelik dengan rambut ini. Mungkin orang dah lama tak tengok saya dengan warna macam ini, sebab itu mereka anggap ia satu perubahan yang besar. "Tapi sayangnya, saya tak boleh kekalkan warna rambut ini untuk projek lain kerana ia memang dibuat khas untuk watak ini," katanya kepada mStar.Nabila berkongsi perkara itu ketika ditemui di lokasi penggambaran drama bersiri Viu Originals: Cela di DSH Villa, Hulu Langat.ARTIKEL BERKAITAN: Terbuka terima teguran, Nabila Huda pilih pakaian sesuai ketika berniagaARTIKEL BERKAITAN: 12 tahun duduk kondo, Nabila Huda macam tak percaya akhirnya pindah rumah teresMengulas lanjut, Nabila berkata perubahan penampilan itu dirancang sendiri bagi membezakan watak Datuk Anees daripada karakter lain yang pernah dibawakannya sebelum ini.Katanya, kebanyakan watak terdahulu lebih sinonim dengan imej berambut hitam, justeru dia mahu tampil dengan kelainan yang masih elegan dan bersesuaian dengan usia karakter tersebut."Untuk karakter Datuk Anees ini saya mahu kelainan. Saya nak nampak berbeza, tetapi tidak terlalu menonjol.Abil warnakan rambut demi kelainan watak. "Saya tak nak penampilan itu nampak terlalu 'Datuk'. Jadi saya mainkan peranan melalui rambut. Saya bayangkan dia seorang wanita berusia yang sudah mempunyai banyak uban, lalu memilih mewarnakan rambutnya kepada warna perang. "Dengan cara itu, dia nampak lebih bergaya, masih muda walaupun sudah berusia dan tidak kelihatan terlalu tua. Memang saya sendiri yang merancang penampilan Datuk Anees ini dengan persetujuan pengarah dan penerbit," ujarnya.Selain Nabila, drama bersiri itu turut dibintangi Hun Haqeem, Zain Saidin dan Zarif Ghazzi.Naskhah arahan Feroz Kader itu dijadualkan menemui penonton di platform Viu pada Ogos depan.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube