PENGARAH Feroz Kader meluahkan rasa kagum terhadap komitmen ditunjukkan pelakon Zarif Ghazzi yang sanggup meneruskan penggambaran walaupun mengalami kecederaan ketika penggambaran drama bersiri Viu Originals, Cela.Menurut Feroz, sikap profesional Zarif wajar dicontohi kerana pelakon baharu itu tidak mengeluh atau meminta penggambaran dihentikan ketika berdepan kesakitan. "Dia bukan pelakon yang manja. Memang nampak komitmen dia. Malah apabila kami suruh dia berehat untuk tenangkan diri sekejap, dia kata, 'kita teruskan saja'.Feroz hanya menyedari kecederaan Zarif selepas penggambaran didihentikan."Itulah kesungguhan yang saya harap semua pelakon ada, semangat seperti itu," katanya kepada mStar.Feroz berkongsi perkara itu ketika mengulas tindakan Zarif yang tetap meneruskan lakonan walaupun mengalami kecederaan ketika menjalani penggambaran.Mengulas lanjut, Feroz menjelaskan insiden itu berlaku ketika mereka menjalani penggambaran babak pergaduhan yang sememangnya mempunyai risiko tinggi.ARTIKEL BERKAITAN: [V] Zarif Ghazzi cedera ditumbuk ketika penggambaranARTIKEL BERKAITAN: Berderau darah penonton, pengarah ‘Dia Imamku’ jawab di sebalik adegan campak bayi"Babak seperti itu memang berisiko. Walau macam mana kita rancang sekali pun, ada kemungkinan perkara tidak dijangka berlaku kerana ia melibatkan adegan berlawan."Masa sedang shooting, saya dengar bunyi tumbukan dari monitor. Dalam hati saya tertanya-tanya, 'kena ke?'. Tapi dia langsung tak berhenti dan teruskan lakonan, jadi kami ingat semuanya okey," ujarnya.Bagaimanapun, kecederaan sebenar hanya disedari selepas penggambaran dihentikan. Kami bagi dia berehat dahulu dan mendapatkan nasihat daripada doktor.FEROZ KADERPENGARAH "Bila saya kata 'cut', baru dia tunduk dan semua orang bergegas mendapatkan dia. Masa itu barulah kami nampak dia sebenarnya mengalami luka."Jadual penggambaran ketika itu memang sangat padat. Jadi apabila berlaku perkara macam ini, sedikit sebanyak ia menjejaskan perancangan," ujarnya.Dalam pada itu, Feroz berkata kebajikan pelakon yang cedera sentiasa menjadi keutamaan pihak produksi sebelum sebarang keputusan mengenai jadual penggambaran dibuat.Tambah Feroz lagi, kebiasaanya kos rawatan kemalangan di lokasi penggambaran berada di bawah tanggungjawab pihak produksi yang terlibat.Feroz (kiri) sentiasa utamakan keselamatan pelakon."Semestinya kalau ada perkara macam itu, kami akan beri keutamaan kepada pelakon yang mengalami kecederaan. Kami bagi dia berehat dahulu dan mendapatkan nasihat daripada doktor."Sementara itu, kami olah semula jadual penggambaran mengikut kesesuaian. Kalau memang keadaan tak mengizinkan, kami terpaksa hentikan penggambaran buat sementara waktu," jelasnya.Sebelum ini, Zarif, 22, dilaporkan mengalami kecederaan ringan di bahagian mulut selepas terbabit dalam satu insiden ketika menjalani penggambaran pada Sabtu lalu.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!