suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Hubungi ibu bapa ketika hari lahir, nasihat Siti Nurhaliza buat ramai tersentuh hati

Siti titip nasihat buat pengikut di media sosial.

PENYANYI Datuk Seri Siti Nurhaliza tampil berkongsi nasihat kepada seorang pengguna media sosial menyentuh hubungan kekeluargaan serta kasih sayang ibu bapa.

Membalas satu hantaran di Threads, Siti atau Siti Nurhaliza Tarudin, 47, berpendapat seorang anak tidak seharusnya mengharapkan panggilan atau ucapan daripada ibu bapa setiap kali tiba sambutan ulang tahun kelahiran.

"Saya nak kongsi, selalunya kita memang harap orang beri ucapan hari lahir, terutama sekali ayah dan ibu. Tapi boleh tak kita tukar persepsi itu?

Komen balas Siti di Threads. 

"Bila hari lahir, kita yang sepatutnya hubungi ayah dan ibu, ucapkan terima kasih sebab dah lahirkan serta besarkan kita dengan baik," ujarnya.

Tambah Biduanita Negara itu lagi, pemberian hadiah daripada seorang anak juga cukup bermakna sebagai tanda menghargai pengorbanan ibu bapa.

Di hujung nasihat tersebut, Siti turut memohon maaf jika perkongsiannya menyinggung perasaan individu berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: “Kenapa dia buat begitu, apa salah saya pada dia?” - Siti Nurhaliza 

ARTIKEL BERKAITAN: Afwa pandai cipta lagu... Siti Nurhaliza, Datuk K tak galak anak jadi artis

"Tanpa mereka, kita tidak berada di dunia ini. Kita yang patut hadiahkan mereka.

"Semoga apa yang saya kongsi ini tak menyinggung perasaan. Selamat hari lahir," ucapnya.

Perkongsian pandangan Siti itu menerima pelbagai respons, termasuk daripada mereka yang turut berkongsi pengalaman memberikan hadiah kepada ibu bapa sempena hari istimewa.

Ramai yang bersetuju dengan pendapat Siti. 

Menerusi satu hantaran sebelum itu, seorang individu meluahkan rasa sedih apabila tidak menerima panggilan atau ucapan daripada ibu bapanya sempena sambutan ulang tahun kelahiran.

Lebih menyedihkan, individu tersebut merasakan dirinya seakan-akan tidak penting kerana dilupakan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain