PENYANYI kontroversi, Eda Ezrin memilih untuk tidak mengendahkan kecaman netizen yang masih mengaitkannya dengan kes penyalahgunaan dadah sebelum ini.Eda atau Wan Norshaheeda Azlin Wan, 31, berkata dia enggan melayan komen negatif di media sosial dan kini mahu memberi sepenuh tumpuan kepada keluarga serta kerjaya seni. “Buat masa ini saya tidak endahkan saja apa saja orang nak komen negatif. Saya buat tak tahu saja.“Sekarang ini saya hanya mahu memberi fokus kepada keluarga dan kerjaya. Saya memang tak baca pun komen di media sosial,” jawabnya ringkas.Eda memilih untuk abaikan komen buruk netizen di media sosial.Eda berkongsi perkara itu ketika ditemui di sidang media Konsert Kelate Ke KL 2026 yang diadakan di Hotel St. Giles, Mid Valley, Kuala Lumpur pada Rabu. ARTIKEL BERKAITAN: Eda Ezrin kongsi pengalaman tirai besi, boleh beli biskut dan alat solek sendiri ARTIKEL BERKAITAN: Netizen hukum tanpa tahu cerita sebenar, Eda Ezrin berlapang dada kena fitnah... “Saya dikhianati rakan sendiri” Dalam pada itu, Eda memaklumkan kehidupannya kini berada dalam keadaan lebih tenang dan bersyukur segala urusannya berjalan dengan baik.“Sekarang saya di fasa yang tenang, Alhamdulillah semuanya okay,” ujarnya.Selain bergiat aktif dalam bidang nyanyian, penyanyi lagu Adek Saye Abe Sore itu turut menjana pendapatan menerusi reviu produk dan makanan.“Saya juga aktif melakukan reviu produk atau makanan. Tidak hanya terhad kepada nyanyian saja.Lagu nyanyiannya, Adek Saye Abe Sore kini jadi siulan ramai.“Alhamdulillah rezeki saya masih tidak terputus lagi,” katanya. Untuk rekod, pada 2 November 2024, media melaporkan seorang penyanyi wanita tersohor Kelantan antara enam individu ditahan oleh pihak polis Thailand. Mereka ditahan bersama 6,000 biji pil kuda dalam serbuan di sebuah hotel di Sungai Golok, Narathiwat pada pagi 1 November. Pada 6 Ogos tahun lalu, Eda dibebaskan selepas lebih sembilan bulan ditahan di Penjara Pusat Narathiwat, Thailand.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!